Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Hiburan

‘Bersemut’ ucapan hari lahir suami buat Zahirah Macwilson


PETALING JAYA – “Selamat hari jadi pada wanita terhebat ini.”

Itu antara ucapan manis daripada pelakon, Aiman Hakim Ridza bersempena ulang tahun kelahiran ke-29 isteri tercinta, Zahirah Macwilson hari ini.

Dalam ucapan sama, Aiman, 35, mengakui jadual mereka berdua sangat padat sehingga perlu bekerja bahkan, pada hari ulang tahun kelahiran.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Beberapa bulan ini memang sangat padat dan sibuk termasuk penggambaran, ubah suai rumah dan mengendalikan projek saya seterusnya.

“Otak saya terlalu sibuk dengan jutaan perkara sehingga boleh terlupa dan tersilap jalan untuk pulang ke rumah.

“Mungkin ini bukan sambutan terhebat untuk hari lahir yang normal tetapi satu perkara yang pasti ialah kami ada untuk antara satu sama lain dan akan menjadi topik perbualan sehingga tua,” katanya dalam Instagram hari ini.

Sama seperti suami lain, Aiman yang popular menerusi drama Girlfriend Aku Dari Neraka itu turut mendoakan agar isterinya sentiasa di bawah lindungan Allah SWT.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Apapun, saya ucapkan selamat hari jadi ke-29 buat wanita terhebat ini.

“Saya sayang awak dan terima kasih kerana menjadi diri awak yang sebenar. Semoga dipanjangkan umur dan dirahmati,” katanya lagi.

Zahirah dalam ruangan komen pula sempat ‘pecah rahsia’ bahawa Aiman meminta menyemak penggunaan tatabahasa bahasa Inggeris untuk ucapan tersebut.

“Kemudian beri telefon bimbit dan minta saya periksa tatabahasa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Sayang awak dan semoga berlaku perkara yang hebat sahaja sepanjang kita bersama,” ujarnya.

Sejak awal Januari lalu, pasangan tersebut kerap menjadi perhatian ramai selepas pelakon, Fatiya Latiff menggelar Zahirah sebagai bibik dan turut menuduh Aiman masih mencintainya.

Meskipun begitu, kedua-duanya terus mengunci mulut dan tidak membalas semua dakwaan yang dilemparkan oleh Fatiya sehingga hari ini.

Terdahulu, Aiman dan Zahirah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Isaac Raees kini berumur tiga tahun dan pada bulan lalu, Zahirah turut mengumumkan sedang hamil anak keduanya. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement