Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Selebriti

Bersuka ria di Genting Highland, Roslan Shah mohon netizen usah tuduh menipu


Pelakon dan selebriti serba boleh, Roslan Shah, menempelak dakwaan ramai yang menganggap dirinya berbohong mengenai soal kesihatannya gara-gara terlihat sedang bersuka ria di Genting Highland baru-baru ini.

Berharap peminat dan warganet tidak terus tersalah anggap, Roslan menjelaskan dia telah mendapatkan kebenaran doktor untuk keluar rumah dan dalam masa yang sama menerima baik pelawaan sahabatnya, penyanyi Sufie Rashid dan isteri untuk makan bersama di sana.

“Niat Sufie dan isteri tercintanya nak bawa saya pergi makan dan beri kejutan hingga pergi ke Genting Highland dan Johor Bahru.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Memanglah ramai terjumpa saya di luar sampai ada yang tanya khabar kesihatan saya.

“Ramai juga yang nak bergambar dan peminat pun mendoakan kesihatan saya. Rasa terharu pun ada. Tak tahu cerita jangan suka tuduh melulu. Jangan cakap saya propalah dan berikan tohmahan cakap yang bukan-bukan serta kecaman,”katanya.

Perkara itu dijelaskan oleh Roslan dalam satu hantaran yang dibuat di Facebooknya hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum itu, Roslan juga memuat naik beberapa kenyataan lain yang antaranya memohon agar peminat dan warganet berhenti menyalahkan sahabatnya, Sufie.

“Harap maaf. Jangan salahkan Sufie dan isterinya ya. Mereka berniat baik nak bawa saya menghirup udara walaupun saya baru sihat daripada sakit tempoh hari.Itu pun, saya tak tahu mereka nak bawa saya ke Genting.

“Saya kuatkan juga diri. Alhamdulillah. Tapi saya tak sangka ada yang sanggup memperbesarkan hal ini. Pelik-peliklah orang begini, tak ada kerjakah? Takkan duduk rumah saja?

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Selain ke Genting, saya pergi Johor pun jadi isu juga. Peliklah engkau orang ini?” katanya.

Pada 28 Februari lalu, Roslan terpalit dengan kontroversi apabila dirinya dituduh sengaja buat-buat pengsan semasa sedang bersiaran langsung di program Wanita Hari ini (WHI) di TV3.

Kejadian tersebut telah mendapat perhatian ramai dan tular di media sosial sebelum kemudiannya menerusi laman rasmi TV3, Roslan dikhabarkan telah dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Utusan Malaysia

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement