Hi, what are you looking for?

#image_title

Hiburan

Beto okey, keadaan seorang rider lagi tak ‘cantik’


PETALING JAYA – “Tiada yang patah, hanya cedera ringan.”

Itu antara yang dikongsi pelakon Beto Kusyairy mengenai keadaan semasa dirinya selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Lebuh Raya Utara Selatan, berhampiran Ladang Bikam kelmarin.

Menurut Beto, kesihatan dirinya berada dalam keadaan baik dan hanya mengalami luka-luka kecil.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya cuma nak kemas kini mengenai kecelakaan yang berlaku sewaktu konvoi yang menghala ke Ipoh, Perak untuk bersolat hajat di masjid negeri.

“Sewaktu perjalanan saya dan dua orang lagi penunggang motosikal terlibat dalam kemalangan.

“Saya okey, alhamdulillah tiada anggota badan yang patah atau retak selepas buat pemeriksaan X-ray. Sekadar luka-luka kecil. Datuk Awie juga okey,” katanya dalam sebuah video Instagram hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam rasa kesyukuran, pelakon filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan tersebut turut meminta doa orang ramai buat seorang lagi mangsa yang ketika ini berada dalam keadaan kurang baik.

“Saya cuka nak minta doakan seorang lagi rider yang keadaannya agak kurang cantik. Doakan kesejahteraan beliau agar diberikan kekuatan padanya.

“Semoga keluarganya juga kuat hadapi dugaan ini,” katanya lagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menerusi video sama,  aktor berusia 43 tahun itu juga sempat menitipkan pesanan kepada semua penunggang motosikal agar sentiasa berhati-hati di jalan raya terutama pada musim hujan.

“Pesanan akhir saya ialah kepada rider yang nak teruskan perjalanan jauh. Mohon berhati-hati sebab sekarang musim hujan dan jalan licin.

“Apa pun, terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan dan risau tentang keadaan saya,” ujarnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kelmarin, Beto yang menyertai konvoi Solidariti Wings Motogang Society ke Masjid Negeri Ipoh dilaporkan terbabit dalam kemalangan.

Dalam kejadian yang berlaku di Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Ladang Bikam, jentera ditunggang bintang filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu terjatuh selepas bergesel dengan motosikal lain yang memasuki laluannya secara tiba-tiba.

Konvoi berkenaan adalah sebahagian daripada usaha menunjukkan sokongan terhadap rakyat Palestin yang berdepan kekejaman Zionis. – KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Bantuan Kepada Penduduk Palestin Di Gaza Tidak Cukup – PBB WASHINGTON, 30 Nov (Bernama-AA) — Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres...

Hiburan

0 PETALING JAYA – “Selepas jadi bapa, rasa muda semula (ketawa). Demikian respons rawak hero Malaya, Remy Ishak apabila disuakan pertanyaan bagaimana perasaan selepas...

Sukan

0 MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berharap ‘perang’ yang tercetus antara Pesuruhjaya Sukan, Suhardi Alias dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) tidak berterusan sepanjang...

Mamak News

0 SEMARANG: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun tular dalam media sosial kerana kepetahannya bertutur dalam bahasa Inggeris dengan loghat British. Kinara Arnintya Pratista,...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications