Hi, what are you looking for?

Mamak News

Betul Ke Isi Minyak Waktu Sejuk Lagi Untung Dari Waktu Panas? Pakar ‘Bongkar’ Dengan Pengiraan


Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Memiliki kenderaan seperti kereta dan motosikal adalah satu keperluan pada zaman sekarang. Tetapi ada satu hakikat yang semua pemilik kenderaan terpaksa hadapi iaitu tentang kos penjagaannya.

Antara kos yang paling sinomin adalah mengisi minyak. Ya la, tanpa bahan api macam mana kenderaan kita nak bergerak. Namun, tidak dinafikan bahawa ada diantara kita yang akan ‘kecut perut’ apabila menanti sama ada harga minyak naik atau tidak. Kalau naik, mesti kalau boleh kita nak berjimat sehabis mungkin kan?

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pernah dengar tak orang cakap kalau isi minyak pada waktu malam atau sejuk akan lebih menjimatkan berbanding pada waktu siang?

Haa, mesti korang pernah dengar dan terfikirkan betul ke lebih jimat dan untung? Sini, SK nak kongsikan satu lagi info menarik tentang minyak petrol yang dikongsikan oleh Dr Aid Fawzal seorang pakar dalam bidang Aliran Bendalir dan Permindahan Haba.

Betul ke isi minyak waktu sejuk lebih untung daripada isi waktu panas? Jom bongkar dengan pengiraan…

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kita boleh nilai pengembangan bahan api terhadap haba dengan melihat ‘volumetric coefficient of expansion’

Bagi:

• Petrol = 0.00095 per degC, dan
• Diesel = 0.00083 per degC.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebagai contoh:

Ahmad isi minyak keretanya 10 liter waktu malam dengan suhu 24degC dengan harga RM20.50.

Pada waktu siang yang panasnya, suhu tangki naik ke 40degC. Kini minyak 10 liter yang Ahmad isi malam tadi menjadi 10.02 liter = RM20.53.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tak ketara (significant) kan???

Begitu juga dengan teori isi minyak kat Genting Sempah (tempat sejuk atas bukit), tu pon boleh kita sangkal. Perbezaan suhu sejuk kat Genting Sempah dengan kawasan-kawasan lain tak signifikan. Jadi tak beza banyak pon minyaknya dari segi nilai isipadu.

Rumusannya perubahan suhu di Malaysia sangat rendah untuk mempengaruhi pengembangan minyak bahan api yang ketara.

Sumber: Aid Fawzal

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 PETALING JAYA – Sebuah keluarga yang mempunyai tanggungan dua orang anak atau lebih memerlukan sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan sebagai perbelanjaan membeli barang basah atau...

Mamak News

0 Budak Empat Tahun Lompat Dari Tingkat 26 Guna Payung, Terpengaruh Teng Kartun Gara-gara terpengaruh teng kartun, seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun bertindak...

Mamak News

0 SUNGAI PETANI – Tindakan seorang pemandu Grab berhenti di luar lorong kecemasan mengundang padah apabila dia maut dilanggar sebuah lori dalam kemalangan di...

Mamak News

0 Rumah Kongsi Lapan Pintu Musnah Dalam Kebakaran MELAKA, 29 Mei (Bernama) — Sebanyak lapan pintu rumah kongsi berkeluasan 3,962 meter persegi di sebuah...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications