Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Hiburan

Biadab, bibik Elvina ambil botol susu anak guna kaki


PETALING JAYA – Trauma berdepan insiden pembantu rumah melarikan diri sebelum ini, pelakon Datin Elvina Mohamad bersyukur anak kesayangannya yang ditinggalkan di rumah berada dalam keadaan selamat.

Ujar Elvina atau nama sebenarnya Norzalina Mohamad, 29, dia dan suami, Datuk Mohd. Haniff Borhan enggan memanjangkan isu memandangkan mereka masih belum dapat mengesan lokasi pembantu rumah atau bibik terbabit.

“Barang pun dia (orang gaji) curi, duit, telefon bimbit anak. Duit dalam seribu lebih, itu baki duit raya tahun lepas yang saya simpan dalam kotak.

“Saya dan suami fikir dari sudut positif, mungkin Allah nak ganti dengan perkara lebih baik dan syukur, anak selamat tapi kalau jadi apa-apa pada anak, saya cari sampai lubang cacing. Macam mana pun laporan tetap perlu dibuat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Ejen ada ganti dengan pembantu baharu tetapi sampai sekarang tak tahu pembantu lama itu lari ke mana,” katanya kepada Kosmo! Online.

Enggan pisang berbuah dua kali, ibu kepada dua cahaya mata itu kini lebih kerap memantau kamera litar tertutup (CCTV) ketika anak di bawah jagaan pembantu rumah baharu.

Pun begitu, perkara sama turut berlaku apabila pembantu rumah baharu juga berkelakuan sama apabila hanya bersikap baik di hadapan majikan tetapi di belakang sebaliknya.

“Sekarang ini apabila berada di set penggambaran, saya akan pantau CCTV untuk tengok apa yang sedang berlaku di rumah.

“Malah, bibik baru ini pun depan saya baik tapi apabila periksa CCTV dia boleh ambil botol susu anak pakai kaki.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Selepas saya tunjuk rakaman itu, barulah dia minta maaf. Sebab itulah saya trauma. Orang sekarang macam-macam, kita kena berhati-hati,” ujarnya pada malam gala filem Waruga: Kutukan Ilmu Hitam, semalam.

Sebelum ini, Elvina meluahkan rasa bengang apabila pembantu rumah melarikan diri dan tanpa rasa bersalah meninggalkan anaknya berusia sembilan bulan sendirian di rumah.

Menurutnya, dia tidak menyangka pembantu rumah yang dilayan dengan begitu baik akan melakukan perkara sedemikian.

Elvinda dan Haniff, 38, berkahwin pada 18 Mac 2018 dan mereka dikurniakan dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki. – KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement