Meet Uncle Hussain (MUH) sememang sebuah band Indie yang telah mencipta satu fenomena pada suatu ketika dahulu. Mula dikenali selepas lagu mereka menjadi OST siri Kami dan seterusnya mencapai kejayaan yang luar biasa termasuk memenangi Anugerah Juara Lagu ke 23.

Pada penutup tahun 2021 (31/12/21), satu posting tentang jualan mini album MUH, 7 Tahun 3 Bulan 90 Hari telah mencuri perhatian memandangkan ianya satu-satu ep dari band tersebut.
Pemilik ep tersebut, Saifulnizam Adzha membuka jualan dengan harga bidaan, siapa yang mampu memberi harga yang tinggi maka ep MUH akan menjadi milik orang tu. Jualan yang ditutup pada ambang tahun baru ini berjaya mencecah angka RM560!

Ep ini mempunyai beberapa lagu hit seperti Halusinasi, Lalala Kerjalah, Lagu Untukmu dan Milk In The Bottle. Perkara ini sudah tentu tidak mengejutkan memandangkan ini adalah peninggalan yang mempunyai ni sejarah, lebih-lebih lagi daripda band MUH. Penulis juga pernah menjual beberapa album indie tempatan dengan harga yang cukup tinggi.


Walaupun impak yang sangat hebat dilakukan oleh MUH namun pelbagai masalah yang timbul, daripada pengunduran vokalisnya, Lan dan sebagainya. Namun semua akui MUH tetap dirindui bukan sahaja peminat muzik indie malahan mereka-mereka yang pernah membesar dengan lagu-lagu MUH.
Bagi yang merindui, boleh tonton persembahan Meet Uncle Hussain untuk Muzik Dari Rumah yang dikeluarkan pada tahun 2020 yang lalu di bawah.
Kredit: Saifulnizam Adzha / Kugigran
