Hi, what are you looking for?

#image_title

Lifestyle

Bikin Netizen Berdekah, Individu Mahu Swap Casing Telefon Bimbit Tandatangan Tengku Hassanal


Netizen terhibur dengan penjualan tandatangan Tengku Hassanal di casing telefon

Bikin Netizen Berdekah, Individu Mahu Swap Casing Telefon Bimbit Tandatangan Tengku Hassanal. Seperti yang diketahui umum, pada 3 sehingga 13 September, Agong dan Permaisuri mengadakan lawatan ‘Kembara Kenali Borneo’ pertama mereka untuk lebih mengenali rakyat Malaysia yang tinggal di Sabah dan Sarawak.

Baru-baru ini, satu hantaran tular apabila seorang individu memuat naik gambar mengenai casing telefon bimbitnya ditandatangan oleh anakanda Agong, iaitu Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Menerusi perkongsian di laman Facebook miliknya, individu itu mengatakan dengan berseloroh bahawa dia mahu mencuba untuk ‘swap’ casing telefon bimbitnya yang mempunyai tandatangan Tengku Hassanal.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Bismillah sekadar mencuba, cover handphone Honor sign Tuanku Tengku Hassanal Shah, swap boleh cari di Vivacity,” tulisnya di kapsyen Facebook sambil berseloroh.

Ramai terhibur dan turut mencadangkan barang yang hendak ditukar atau swap

Bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dan berdekah dengan individu tersebut.

Dalam pada itu, ada juga yang mahu ‘swap’ dengan rumah jiran disebabkan jiran sangat bising, malah ada juga mahu swap dengan iPhone 15 atau pun geran tanah dan banyak lagi komen yang geli hati.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Swap dengan rumah jiran saya nak tak? Saya okay nak swap dengan jiran sebab mereka bising sangat kat sebelah rumah ni, kalau nak ‘pm’ saya ya, urgent,” ujar salah yang turut berseloroh.

“Kalau swap dengan geran tanah boleh tak boss?” kata seorang lagi pengguna media sosial di Facebook tersebut.

Netizen menasihatkan untuk simpan buat kenangan

Selain itu, ada juga netizen menyatakan bahawa supaya simpan casing itu untuk buat kenangan kerana warna casing tersebut sudah berubah menjadi kuning.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bahkan, ada yang turut berseloroh sekiranya sesiapa dapat tandatangan Tengku Hassanal di tangan, boleh cuba untuk jual tangan, kemungkinan boleh dapat beli kereta Mercedes Benz.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Artikel asal oleh: iloveborneo.my

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 BATAM: Pulau Rempang di Kepulauan Riau tidak jadi dikosongkan untuk memberi laluan kepada projek mega yang menyaksikan kerjasama Indonesia dengan China menerusi pembinaan...

Mamak News

0 PUTRAJAYA – Ternakan di negara ini dilaporkan bebas daripada penyakit Nipah di mana jangkitannya boleh tersebar melalui sentuhan langsung dengan haiwan terjangkit selain...

Mamak News

0 Warga Emas Jadikan Rumah Tempat ‘Timbunan’ Sampah, Abai Keselesaan Jiran IPOH, 25 Sept (Bernama) — Sikap terlalu prihatin terhadap alam sekitar menyebabkan seorang warga...

Mamak News

0 NEW DELHI, India – Kenaikan tinggi harga bahan masakan utama seperti tomato dan bawang menyebabkan kebanyakan penduduk di India mengurangkan atau tidak menggunakan...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications