Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Bill Gates Beri Amaran Kepada Australia, Pandemik Seterusnya Mungkin Jauh Lebih Ganas


Bill Gates Beri Amaran Kepada Australia, Pandemik Seterusnya Mungkin Jauh Lebih Ganas

Bilionair teknologi, Bill Gates memberi amaran kepada Australia agar bersedia menghadapi pandemik seterusnya yang didakwa sebagai buatan manusia dan jauh lebih ganas, lapor Daily Mail.

Gates memberitahu badan pemikir Institut Lowy di Sydney pada hari Isnin bahawa para pemimpin politik perlu mengetepikan perbezaan mereka dan bekerjasama bagi bersedia untuk menghadapi virus seterusnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau juga turut menyeru agar kerjasama global yang lebih besar menggunakan pandemik COVID-19 sebagai contoh bagaimana sesebuah negara mampu memberikan respon mereka jika bekerjasama.

“Berbanding dengan kos ekonomi yang disediakan untuk yang seterusnya dengan yang terkini, kerugian ekonomi melebihi USD 10 trilion (RM 42 trilion),” kata Bill Gates.

Pengasas Microsoft yang juga dermawan itu berkata, perintah antarabangsa yang stabil berdasarkan kehendak politik bersama diperlukan untuk menangani wabak di masa akan datang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Satu perkara yang masih bergantung pada keseimbangan adalah adakah kita mempunyai kapasiti global dan di peringkat serantau bagi negara yang mempunyai ancaman jangkitan, kita akan bertindak mengekang sehingga ia tidak menjadi jangkitan global.

“Kita perlu lakukan latihan komprehensif setiap lima tahun di peringkat negara dan serantau bagi kesiapsiagaan pandemik anda memerlukan kumpulan global yang merekodkan semua orang,” kata Gates lagi.

Gates telah berjanji untuk mendermakan separuh daripada kekayaannya bagi tujuan yang baik dan mencuba membawa ketaksamaan kepada industri kesihatan, tenaga dan pendidikan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Terdapat kegagalan besar dalam pasaran kapitalisme untuk melihat keperluan golongan miskin. Suara mereka di pasaran sangat kecil,” tambah Gates.

Beliau turut mengkritik Amerika Syarikat di bawah kepimpinan Donald Trump yang mengancam untuk menarik diri daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan menahan pembiayaannya.

Beliau juga berkata, dasar AS dan Australia terhadap China memerlukan pendekatan politik yang lebih berdamai dan kerjasama dalam menangani masalah utama seperti perubahan iklim.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ucapan Gates itu dibuat pada Sabtu lalu semasa bertemu dengan Perdana Menteri Anthony Albanese di Kirribilli House di Sydney bagi membincangkan perubahan iklim.

Sumber: Daily Mail

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement