Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom Bimbang Dengan Dividen Diperolehi Ini Cara Nak Tukar Ke Simpanan Shariah Kwsp

Mamak News

Bimbang Dengan Dividen Yang Diperolehi? Tukar Ke Simpanan Shariah KWSP


Apabila hujung bulan tiba semua masyarakat yang bekerja akan bergembira kerana gaji sudah masuk. Tetapi jumlah yang diterima kebiasaannya tidaklah semua, hal ini kerana sedikit hasil dari gaji tersebut akan dimasukkan ke dalam KWSP iaitu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

KWSP ialah satu skim yang dilancarkan kerajaan untuk membantu masyarakat menyimpan wang untuk digunakan pada hari tua nanti apabila anda sudah bersara.

Tambahan lagi, bagi masyarakat yang beragama Islam kita perlu menguruskan wang dengan baik dan betul supaya segala rezeki yang dimiliki adalah halal dan baik.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Oleh itu, pihak KWSP telah berkongsikan beberapa maklumat berkenaan Simpanan Shariah di laman media sosial Facebook rasmi milik mereka.

Apa itu Simpanan Shariah?

Simpanan Shariah ialah salah satu pilihan simpanan yang diberi oleh KWSP kepada ahli supaya simpanan yang mereka berikan untuk dilabur dan diuruskan oleh KWSP mengikut prinsip dan undang-undang syariah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, bagi memastikan Simpanan Shariah diuruskan mengikut syariah seperti yang dikehendaki di bawah seksyen 43A Akta, suatu rangka kerja tadbir urus syariah telah diwujudkan untuk mentadbir urus aspek pematuhan syariah bagi Simpanan Shariah.

Selain itu, pertukaran kepada Simpanan Shariah ini bertujuan untuk memastikan bahawa simpanan wang bagi ahli yang beragama Islam tidak akan digunakan bagi tujuan yang bercanggah dengan syarak seperti riba (faedah), maysir (perjudian), dan gharar (ketidak pastian di dalam kontrak) yang selalunya ada dalam perbankan konvesional dan insuran.

Ia juga bagi membantu ahli sekiranya meninggal dunia untuk menyediakan dana yang halah untuk diagihkan kepada waris sebagai pusaka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jom beralih ke simpanan persaraan yang suci & patuh syariah.
Dapatkan maklumat lanjut mengenai Simpanan Shariah di https://www.kwsp.gov.my/ms/member/simpanan-shariah

| Kampungmamakcom
| Kampungmamakcom
| Kampungmamakcom

Sumber: FB KWSP, Laman Web KWSP

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement