Hi, what are you looking for?

Mamak News

Bincang dengan imigresen isu pengurusan pekerja asing di KLIA


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

KUALA LUMPUR – Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan akan berbincang dengan Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud susulan peraturan tempoh enam jam diberikan kepada majikan untuk mengambil pekerja asing mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Saravanan berkata, dalam masa sama, beliau juga akan memohon supaya pihak Jabatan Imigresen untuk mempercepatkan proses berkaitan pengurusan pekerja asing.

“Saya akan bincang dengan beliau, jangan buat macam itu serta cuba cepatkan proses. Saya juga terima aduan berkenaan kes terlalu lewat di imigresen, tapi ini perkara dalaman, jadi saya akan semak dengan beliau.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kalau betul, kita cari jalan penyelesaian. Menghantar semula pekerja asing (balik ke negara asal) bukan suatu pilihan kerana kita memang memerlukan pekerja,” katanya pada sidang akhbar prapelancaran Persidangan dan Pameran Modal Insan Kebangsaan (NHCCE) 2022 di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan, peraturan Jabatan Imigresen memberi tempoh selama enam jam kepada majikan untuk datang ke KLIA dan menerima pekerja asing mereka.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud dilaporkan berkata, kegagalan majikan mematuhi peraturan itu akan menyebabkan pekerja asing berkenaan diberikan notis ‘Not to Land’ (NTL) dan akan diarah pulang dengan penerbangan berikutnya ke negara asal.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun katanya, dalam keadaan tertentu, tempoh tersebut akan dilanjutkan.

Terdahulu, seorang blogger di Facebook menuduh Jabatan Imigresen mengenakan peraturan tidak realistik berkaitan pengurusan masuk pekerja asing di KLIA. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – Seorang pengantin wanita meluahkan rasa terkilan apabila masih belum menerima sebarang gambar dan video akad...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. BEIJING: Bekas Presiden China, Jiang Zemin yang mengemudi negara itu melalui era transformasi dari akhir 1980-an ke alaf...

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. LUSAIL – Ketua Jurulatih Portugal, Fernando Santos boleh menarik nafas lega selepas pasukan itu mengesahkan tempat ke pu­singan...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Asia Bukan Lagi Pasukan Untuk Kutip Mata, Dah Boleh Gugat ‘Gergasi’ Kejohanan Piala Dunia FIFA 2022 yang berlangsung...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications