Hi, what are you looking for?

Sukan

Bintang tumpuan para pengurus Liga Fantasi 2022/23


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

PENANTIAN peminat bola sepak dunia berakhir selepas saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) membuka tirainya secara rasmi awal pagi tadi dengan aksi sulung bagi kempen 2022/23 antara Crystal Palace dan Arsenal.

Selari dengan kempen EPL yang sudah bermula, semua peminat bola sepak pastinya sedang bertungkus lumus membentuk skuad terbaik bagi sai­ngan Fantasy Premier League (FPL).

Apa yang pasti, semua pemain FPL sudah menyertai liga-liga dianjurkan, tidak terkecuali Liga Fantasi Kosmo! yang menawarkan hadiah lumayan termasuk peluang menyaksikan perlawanan EPL secara langsung.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Seperti kebiasaan, pengurus-pengurus FPL sudah tentu memiliki perancangan tersendiri bagi memastikan mereka me­ngutip mata tertinggi setiap minggu dengan mendapatkan pemain-pemain terbaik dalam kesebelasan utama pasukan.

Justeru, hari ini Fakta Sukan Kosmo! menyenaraikan lapan pemain yang mungkin menjadi pilihan pengurus-pengurus FPL kerana memiliki potensi menyumbang mata tertinggi.

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

ALISSON BECKER
Pasukan: Liverpool
Posisi: Penjaga gol
Harga FPL: £5.5

Alisson merupakan pemenang anugerah sarung tangan emas musim lalu bersama penjaga gol Manchester City, Ederson Moraes apabila berjaya memastikan pintu gol The Reds tidak dibolosi dalam 20 perlawanan dan ia pastinya menyumbang mata cukup besar buat pengurus FPL.
Sepanjang kempen EPL 2021/22, Alisson hanya melepaskan 24 gol dalam 36 penampilan.

ERLING HAALAND
Pasukan: Manchester City
Posisi: Penyerang
Harga FPL: £11.5

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hadir ke saingan Liga Perdana dengan reputasi cukup gah sebagai antara penyerang terbaik dunia menerusi aksi yang ditampilkan bersama bekas pasukan, Borussia Dortmund apabila menjaringkan 62 gol dalam 67 penampilan. Meskipun berdepan ejekan apabila gagal menjaringkan gol pada aksi Perisai Komuniti minggu lalu, namun Haaland mampu untuk ‘mengganas’ sebaik sahaja dia dapat menyesuaikan diri dengan corak permainan Pep Guardiola serta suasana EPL.

GABRIEL JESUS
Pasukan: Arsenal
Posisi: Penyerang
Harga FPL: £8.0

Pemain baharu The Gunners ini menjadi pemain paling ‘laku’ dalam pasaran perpindahan pemain FPL apabila lebih 70 peratus pengurus mengambil keputusan untuk menyenaraikan Jesus dalam pasukan mereka. Gambaran awal itu sudah ditunjukkan Jesus pada aksi pramusim sebelum ini apabila dia berjaya menjaringkan tujuh gol dalam hanya lima perlawanan termasuk meledak hatrik ketika membantu Arsenal membelasah Sevilla 6-0.

Advertisement. Scroll to continue reading.

KEVIN DE BRUYNE
Pasukan: Manchester City
Posisi: Tengah
Harga FPL: £12.0

Apabila dia berada pada prestasi terbaik, sukar untuk benteng pertahanan lawan mengekang pergerakan serta hantaran dan percubaan yang dilakukan. De Bruyne turut dianggap sebagai antara ‘lubuk’ mata buat pengurus-pengurus FPL.
Pada saingan musim lalu, dia berjaya menjaringkan 15 gol serta melakukan lapan umpanan biarpun beraksi dalam 30 perlawanan.

MOHAMED SALAH
Pasukan: Liverpool
Posisi: Tengah
Harga FPL: £13.0

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dianggap sebagai pemain wajib ada dalam pasukan FPL berdasarkan aksi konsisten yang ditampilkan setiap musim. Sepanjang lima musim berturut-turut, Salah menyumbang mata cukup tiggi apabila menjaringkan tidak kurang 19 gol semusim. Selain itu, kemampuannya untuk mencipta umpanan gol juga adalah penting untuk menyumbang mata.

REECE JAMES
Pasukan: Chelsea
Posisi: Pertahanan
Harga FPL: £6.0

Walaupun hanya beraksi 22 perlawanan musim lalu gara-gara kecederaan, namun James membuktikan dia antara bek kanan terbaik di EPL apabila masih mampu untuk melakukan sembilan umpanan serta menjaringkan lima gol.
Sekiranya Chelsea mampu mendapatkan seorang penyerang prolifik, James mampu untuk memperbaiki pencapaian musim lalu kerana hantaran-hantaran yang dilakukan boleh diterjemah kepada jaringan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

SON HEUNG-MIN
Pasukan: Tottenham Hotspur
Posisi: Tengah
Harga FPL: £12.0

Merupakan pemenang anugerah kasut emas bersama Mohamed Salah pada saingan musim lalu selepas menjaringkan 23 gol.
Selepas Spurs melakukan banyak urusan dalam jendela perpindahan pemain kali ini, ia dijangka dapat membantu Heung-min untuk bergerak lebih bebas dan mampu mengancam pintu gol pasukan lawan.

TRENT ALEXANDER-ARNOLD
Pasukan: Liverpool
Posisi: Pertahanan
Harga FPL: £7.5

Advertisement. Scroll to continue reading.

Alexander-Arnold merupakan pemain pertahanan paling mahal dalam FPL apabila diletakkan tanda harga permulaan £7.5, namun pengurus-pengurus ‘veteran’ menganggap pelaburan tersebut berbaloi berdasarkan kutipan 208 mata yang dilakukan pemain antarabangsa England itu musim lalu.
Dia juga merupakan antara pemain pertahanan yang mampu mencabar Mohamed Salah bagi anugerah pemain perancang terbaik apabila melakukan 12 umpanan selain menjaringkan dua gol musim lalu. Sekiranya tidak berdepan sebarang kecederaan, Alexander-Arnold adalah pemain yang wajib berada dalam pasukan.


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – Rata-rata pengguna laman berang susulan tindakan ‘kurang cerdik’ seorang lelaki meletakkan ‘pod’ vape pada mulut...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PARIS: Pendaki yang mendaki puncak gunung Mont Blanc di Perancis perlu membayar deposit 15,000 pound (RM81,149) bagi menanggung...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KUALA LUMPUR – Seorang lelaki cedera di tangan kiri akibat ditoreh dengan menggunakan pisau dalam satu pergaduhan di...

Hiburan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. BELUM tayang tetapi keseramannya sudah dirasai sehingga membuat bulu roma meremang. Begitulah antara respons orang ramai yang diberikan...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications