Hi, what are you looking for?

Hiburan

Blackpink umum 4 Mac 2023 gegar Kuala Lumpur


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

KUALA Lumpur diumumkan sebagai lokasi kedua di Asia Tenggara selepas Bangkok, Thailand untuk kumpulan muzik wanita popular, Korea Selatan, Blackpink mengadakan konsert jejajahnya tahun hadapan.

Berdasarkan pengumuman yang dibuat, Bangkok dipilih sebagai lokasi perdana Asia Tenggara Blackpink Born Pink World Tour iaitu pada 7 dan 8 Januari 2023, diikuti Kuala Lumpur (4 Mac), Jakarta, Indonesia ( 11 Mac), Manila, Filipina (25 Mac) dan terakhir, Singapura (25 Mac).

Perkara tersebut diumumkan kumpulan yang cukup dikenali menerusi How You Like That itu menerusi Instagram.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Pengumuman jadual konsert Blackpink World Tour [Born Pink],” maklum pengendali akaun Instagram rasmi kumpulan yang dianggotai Jisoo, Jennie, Rosé dan Lisa tersebut.

Konsert jelajah kumpulan K-pop popular dunia tersebut akan bermula 15 dan 16 Oktober ini di Seoul, Korea Selatan sebelum bergerak ke lokasi-lokasi lain seluruh dunia.

Difahamkan, konsert di Malaysia bakal diadakan di Stadium Nasional, Bukit Jalil dan persembahan kali ini merupakan yang kedua selepas konsert pertama diadakan di Stadium Shah Alam pada Februari, 2019.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, syarikat pengurusan Blackpink, YG Entertainment turut mengumumkan album terbaharu berjudul Born Pink yang akan dilancarkan September depan.

Single debut diberi nama Pink Venom akan menemui peminat pada 19 Ogos ini.

Born Pink merupakan album terbaharu Blackpink dalam tempoh hampir dua tahun selepas diskografi penuh pertama mereka, The Album yang dilancarkan pada Oktober 2020. – KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. JOHOR BAHRU – Polis Johor menafikan dakwaan berlaku kes penculikan bertujuan untuk penjual organ manusia kepada hospital-hospital di...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. SINGAPURA: Mahkamah Rayuan republik ini menolak rayuan hukuman oleh seorang lelaki yang mencabul kehormatan empat anak perempuannya selama...

Hiburan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KUALA LUMPUR – “Sedikit kecewa tetapi tidak perlu lagi dipanjangkan, fus tentang kerjaya.” Itu respons pelakon popular, Syafiq...

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. FOKUS skuad bawah 17 tahun (B-17) negara tidak terjejas dengan apa yang berlaku di luar padang, sebaliknya kekal...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications