Hi, what are you looking for?

Mamak News

‘BMX Faizal Hussein’ cecah ribuan ringgit


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

PETALING JAYA – Basikal jenama BMX yang menjadi kegilaan golongan remaja era 1980-an kini terus menjadi buruan penggemar barangan lama luar atau dalam negara.

BMX Appollo antara jenama yang menjadi sebutan ramai ketika ini juga telah mencecah harga ribuan ringgit.

Basikal jenis ini turut digunakan pelakon lagenda negara, Faizal Hussein dalam filem berjudul Bujang Selamat dikatakan sebagai barang unik dan sukar untuk diperolehi ketika ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ramai peminat barangan lama beranggapan walaupun mempunyai duit, namun untuk mendapatkan BMX tersebut sukar maka tiada gunanya.

Tinjauan di beberapa laman media sosial serta laman jualan atas talian mendapati, BMX Appollo kini telah mencecah RM5,000 sebuah.

Orang ramai yang masih memiliki kenderaan tersebut juga dinasihatkan untuk menyimpan dan membaik pulih sekiranya masih boleh digunakan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kalau sesiapa yang masih ada barang ‘rare’ ini harapnya simpan lah, dua tahun lalu saya jual pun dah cecah RM3,000.

“Sekarang nak jumpa balik kemain payah lagi, kalau yang buruk-buruk pun orang sayang nak jual,” jelas Paan Romero.

“Ini yang orang cakap makin lama makin menjadi, makin lama makin bernilai,” kata Epul Bangsar. – KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal. “Syed, teng..teng..teng ni!! Aku dapat...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. SEPANG – Wanita yang menyamar sebagai Pengarah Kewangan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) akhirnya ditahan polis, semalam. Perkara itu...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. GEORGE TOWN – Dakwaan kaum lelaki di Pulau Pinang memiliki ketampanan, setia dan bersifat penyayang menjadi perdebatan hangat...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. ‘Terbaring’ selama beribu-ribu tahun, sebuah keranda batu seorang individu dipercayai bangsawan berpangkat tinggi ditemui di tapak ruang pengebumian...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications