Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Boeing Rasmi ‘Lepaskan’ Jet Jumbo 747


Boeing Rasmi ‘Lepaskan’ Jet Jumbo 747

WASHINGTON — Pesawat ikonik terakhir Jet Jumbo 747 atau dikenali sebagai “Ratu Langit”  selamat dihantar oleh Boeing kepada Atlas Air di Everett, Barat Laut Amerika semalam.

Ia merupakan detik penuh bersejarah dalam penerbangan awam sejak kali pertama Jumbo Jet 747 dikeluarkan 50 tahun lalu.

Ketua Eksekutif Atlas Air, John Diedrich berkata syarikatnya yang membeli pesawat terakhir itu memberikan penghormatan kepada kapal terbang komersial terbesar yang menerajui penerbangan AS.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam acara penghormatan itu, ribuan orang termasuk pekerja dan bekas pekerja syarikat penerbangan itu serta selebriti turut hadir di kilang berkenaan termasuklah pelakon John Travolta.

| Kampungmamakcom Boeing Jet Jumbo 747Gambar: JASON REDMOND/AFP

Menurut Pengarah Analisis Aeroangakasa dan Pertahanan AIR, Michel Merluzea, sejak dahulu lagi, saiz pesawat, jarak penerbangan dan kebolehupayaannya menjadikan ia pilihan kelas pertengahan untuk melancong ke luar negara.

Tambahan lagi, harga yang ditawarkan juga berpatutan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk pengetahuan, jumlah pesawat yang terbina adalah sebanyak 1,574, 747. Bagaimanapun, seiring peredaran waktu, pelbagai jenis model pesawat yang lebih cekap dan mesra bahan bakar dikeluarkan.

Sehubungan itu, 747 tidak lagi diterbangkan sejak tahun 2017.

Jet Terbesar Selama Beberapa Dekad

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jumbo Jet 747 mula diperkenalkan pada tahun 1960-an. Susulan itu, ia mula mendapat permintaan tinggi dan dapat dilihat di kebanyakan lapangan terbang.

Atas desakan Pan American Airways, Syarikat Boeing mula menjadikan pesawat itu lebih lebar dan tinggi.

Ahli Sejarah Syarikat Boeing, Michael Lombardi berkata ia juga merupakan pesawat pertama yang direka dengan dua lorong.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tambahnya, ia juga dikenali sebagai “Ratu Langit” sewaktu ditemubual oleh wartawan.

747 menggunakan empat enjin yang bertindak untuk membawa kargo namun memerlukan beberapa penyelenggaraan.  Ia merupakan pesawat penumpang yang terbesar dalam sejarah penerbangan sebelum kemunculan Airbus 380 pada tahun 2000-an.

Pada tahun 1980-an hingga 1990-an, 747 merupakan antara pesawat yang popular kerana banyak melakukan perjalanan ke pelbagai destinasi termasuk New York, Paris dan London.

Advertisement. Scroll to continue reading.

| Kampungmamakcom Boeing Jet Jumbo 747Gambar: JASON REDMOND/AFP

Bagaimanapun, selepas penciptaan Boeing 787 Dreamliner dan Airbus 350 yang jauh lebih mesra bahan api, ia telah membawa perubahan baharu dalam industri itu.

“Pesawat yang lebih moden telah menukar corak penerbangan yang lebih proaktif dari satu tahap ke tahap yang lain,” kata Lombardi lagi.

Pengangkutan berat

Advertisement. Scroll to continue reading.

Walaupun 747 telah menjalani penyelanggaraan lebih daripada sekali namun ia mempunyai had tertentu melainkan terdapat pilihan lain, maklum Merluzeau.

Pada tahun 2005, pesawat  versi 747-8 telah dilancarkan oleh Boeing. Pelancaran model itu menyaksikan  sebanyak 48 pesawat dijual sebagai pesawat penumpang dan 107 untuk muatan kargo.

“Walaupun telah ditamatkan pengeluarannya dari kilang pada 2020, namun 747 adalah unik kerana penting dalam penghantaran barangan industri,” jelas Merluzeau lagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: AFP

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

0 PETALING JAYA – Teka-teki mengenai tarikh sepak mula saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan akhirnya terjawab selepas Liga Bola Sepak Malaysia (MFL)...

Mamak News

3s Kuala Lumpur, 12 Disember – Duta dan ikon pusat peningkatan akademik dan pakar untuk membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) PTTI iaitu penyanyi...

Mamak News

6s Puas Hati, Ni Resipi Jelly Ball Yang Korang Boleh Cuba! Baru-baru ini tular di media sosial berkaitan manisan makanan yang digelar ‘jelly ball’...

Mamak News

3s Kenapa Diberikan Nama Diesel? Ini Penerangan Pak Haji Kalau isi minyak, selalu akan nampak dua bahagian di stesen minyak. Bahagian pertama adalah untuk...

Advertisement