Hi, what are you looking for?

#image_title

Hiburan

Boikot habis-habisan, Uqasha kini hanya pakai produk lokal


PETALING JAYA – Pelakon Uqasha Senrose kini hanya menggunakan produk lokal dan memboikot habis-habisan semua produk atau jenama antarabangsa pro-Israel sebagai tanda protes terhadap kekejaman Zionis dan solidariti buat seluruh rakyat Palestin.

Uqasha atau nama lengkapnya Zik Zaris Uqasha Nik Sen, 31, berkata, dia tiada masalah meninggalkan produk daripada jenama-jenama terkenal sebagai salah satu bentuk jihad (perjuangan) terhadap Palestin.

“Apa sahaja produk yang menyokong kekejaman Israel, saya boikot dan tidak pakai lagi pakai. Sekarang saya hanya pakai produk tempatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Tidak kisahlah produk untuk alat solek, minyak wangi atau produk penjagaan diri, saya tidak hairan lagi dengan jenama,” katanya menerusi satu sesi siaran langsung dalam Instagram.

Ujar isteri kepada pelakon Kamal Adli itu lagi, tindakan yang dilakukan sebagai salah satu bentuk perjuangan secara peribadi, memandangkan dirinya bukan seorang yang terlalu lantang bersuara dalam media sosial.

“Sepatutnya saya tidak perlu beritahu apa yang saya lakukan. Anda semua tidak tahu apa yang saya boikot. Itu adalah jihad dan cara saya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Mungkin saya tidak terlalu lantang bersuara. Tapi saya lebih kepada tindakan. Apa yang saya boleh buat adalah dengan memboikot apa yang perlu,” jelasnya.

Bukan mendabik dada, sebaliknya perkongsian tersebut bagi sebagai satu penjelasan atas segala tuduhan netizen kononnya dia bersikap tidak sensitif terhadap isu semasa yang berlaku di Palestin, terutama sewaktu mempromosikan penganjuran konsert aktor Bollywood terkenal, Hrithik Roshan di Malaysia dalam Instagram miliknya.

“Jadi janganlah cakap saya tidak kisah, tidak sensitif atau tidak kasihan dengan nasib orang di Palestin. Itu tidak benar,” pintanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, Uqasha sebenarnya yakin netizen hari ini semakin bijak untuk berfikir dan tidak sewenang-wenangnya menjatuhkan hukuman ke atas orang lain.

Dia juga percaya, tidak semua perkara perlu dikongsikan dalam media sosial bagi menunjukkan solidaritinya terhadap Palestin.

“Ada segelintir netizen cepat sangat menghukum. Saya boleh terima kalau ditegur dengan baik. Tapi masalahnya, orang lebih menunggu untuk kita buat salah. Kalau buat baik, tak ada pula yang berkata. Tapi bila saya buat salah sikit, berduyun-duyun orang kecam,” ujarnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Baru-baru ini, Uqasha tampil memohon maaf dan mengakui kekhilafannya selepas dituduh tidak sensitif apabila mempromosikan penganjuran konsert Hrithik Roshan di Malaysia dalam Instagramnya.

Menyedari tindakannya tidak disenangi ramai, Uqasha bertindak memadam hantaran tersebut dan memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Saya sudah pun padam hantaran tersebut dan ingin memohon maaf. Bukan kerana saya tidak sensitif tentang isu semasa. Yang salah tetap salah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Terima kasih atas teguran semua. Mana-mana pengikut yang sudah ‘unfollow’ saya, itu saya tidak boleh halang,” katanya. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Sukan

0 LONDON – Pengendali Tottenham Hotspur, Ange Postecoglou enggan para pemainnya terlalu kecewa dan mengenang kekalahan 1-2 kepada West Ham United kelmarin sekali gus...

Hiburan

0 PETALING JAYA – Banyak kali berpeluang ke Mekah mengerjakan umrah, pelakon Puteri Sarah Liyana menyifatkan peluang tersebut sebagai rezeki Allah selain mengakui tanah...

Sukan

0 MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola mengakui pasukan itu perlu muhasabah diri bagi memastikan pemain-pemainnya tidak terlalu selesa dengan kejayaan dikecapi selama...

Hiburan

3s KUALA LUMPUR – Penyanyi berbakat besar Nadeera berbesar hati apabila namanya dibandingkan dengan penyanyi senior namun enggan perbuatan tersebut dilakukan secara berlebih-lebihan. Kata...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications