3 tahun menetap di Miri, wanita dari Perak ini boleh bertutur dalam bahasa Iban.
Boleh Bertutur Dalam Bahasa Iban, Wanita Melayu Asal Perak Ini Berjaya Buat Netizen Kagum. Baru-baru ini terdapat sebuah video di TikTok di mana seorang wanita Semenanjung yang berasal dari Perak ini pandai bertutur dalam bahasa Iban.
Untuk pengetahuan, kaum Iban adalah kaum pribumi yang terbesar di Sarawak dan kaum ini menggunakan bahasa Iban dalam pertuturan mereka.

Menjelaskan bagaimana boleh bertutur bahasa Iban
Di TikTok @animzaini, dia berkongsi video di mana di bertutur bahasa Iban dan menjelaskan bagaimana dia mengetahui dan mempelajari bahasa tersebut.
Biasanya agak sukar untuk melihat orang Semenanjung yang boleh bertutur dalam bahasa Melayu Sarawak, ini kan lagi bahasa Iban! Perkara ini telah berjaya membuat orang ramai kagum dan juga terperanjat dengan kebolehan wanita ini.

Berasal dari Perak dan berbangsa Melayu
Dalam video yang ditonton sebanyaklebih 102K (setakat artikel ini ditulis) itu, @animzaini berkata (dalam bahasa Iban) dia berbangsa Melayu dan berasal dari negeri Perak. Dia boleh bertutur dalam bahasa Iban kerana dia mempelajarinya dari rakan-rakan Iban dan juga lagu Iban ketika dia menetap di Miri selama 3 tahun.
Menjenguk ke ruangan komen pula, netizen rata-ratanya berasa kagum dengan kebolehan wanita ini. Berikut adalah antara komen dari netizen:

Aiyo.. Aku yang dari Sarawak ni pun tak tahu macam mana nak bertutur dalam bahasa Iban. Kagum aku.

Lancar betul bahasa Iban kamu, mantap.

Wow, memang cun lah dia ni bertutur bahasa Iban.
Tak ramai yang boleh mahir dalam sesuatu bahasa itu terutamanya jika bahasa tersebut mempunyai dialek yang pekat. Kebolehan wanita ini telah membuat orang ramai kagum dan juga suka mendengarnya apabila bertutur dalam bahasa Iban ini.
Lagi cerita menarik buat anda di sini:
Artikel asal oleh: iloveborneo.my
