Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Boleh Buat Sendiri, Ini Cara Mudah Nak Buka & Tukar Getah Pintu Peti Sejuk


Benda Boleh DIY, Pengguna TikTok Ajar Cara Pasang Getah Dalam Peti Sejuk

Boleh Buat Sendiri, Ini Cara Mudah Nak Buka & Tukar Getah Pintu Peti Sejuk

Setiap rumah kebiasaannya memiliki sekurang-kurangnya satu unit peti sejuk dalam kediaman masing-masing. Dahulu, perkakas elektrik ini dianggap sebagai barangan mewah dan tidak semua orang dapat memilikinya.

Akan tetapi, perubahan gaya hidup dan ekonomi semasa menjadikan peti sejuk sebagai keperluan serta semakin mampu milik.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dengan ini, perkhidmatan untuk membaikpulih peti sejuk juga dilihat menjadi satu keperluan yang signifikan dalam masyarakat.

Tidak semua mampu membaiki peralatan tersebut apabila berlaku kerosakan. Jadi, dengan adanya perkhidmatan pembaikian, situasi tersebut boleh diatasi dengan mudah.

Namun begitu, bukan semua kerosakan atau baik pulih perlu diserahkan bulat-bulat kepada kedai. Ada sesetengahnya, pengguna sendiri juga berkemampuan untuk buat. Misalnya, menukar atau memasang getah pada pintu peti sejuk.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut perkongsian video TikTok milik pengguna Hairul Vcool (@hairulvcool), kita sendiri boleh membuka dan memasang getah peti sejuk dengan mudah.

Cara buka dan pasang getah pintu peti sejuk

“Cara nak pasang, cara nak buka sangat senang,” jelas Hairul dalam videonya yang berdurasi tiga minit empat saat itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jelasnya, selepas kita mempelajari kaedah ini, kita sudah tidak lagi perlu untuk mengupah orang lain untuk melakukannya.

Pertama sekali, Hairul menunjukkan cara untuk membuka bahagian getah yang dipasang dalam peti sejuk.

Pengguna hanya perlu pergi ke ke arah penjuru getah dan menariknya sehingga keseluruhan getah tersebut sudah lagi tidak melekat pada peti sejuk.

Advertisement. Scroll to continue reading.

getah peti sejukKredit: TikTok

Selepas itu, Hairul turut berkongsi cara untuk memasangkan getah baharu.

Pada awalnya, sarungkan getah baharu pada slot yang terdapat dalam peti sejuk. Kemudian, tekan pada bahagian penjuru terlebih dahulu.

Lakukan langkah ini pada setiap penjuru slot sehingga bahagian getah betul-betul melekat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kemudian, barulah kita menekan getah pada bahagian selain daripada penjuru tadi untuk memasukkan getah tersebut ke dalam slot dengan sempurna.

getah peti sejukKredit: TikTok

Hairul menjelaskan bahawa proses ini tidak memerlukan sebarang penggunaan agen pelekat. Kaedah ini juga boleh digunapakai pada hampir semua peti sejuk, tanpa mengira jenama ataupun model.

@hairulvcool

cara tukar getah pintu peti sejuk

Advertisement. Scroll to continue reading.

♬ original sound – Hairul Vcool – Hairul Vcool

Semoga bermanfaat.

BACA: Ramai Tertanya-tanya, Selepas Generasi X, Y & Z, Generasi Apa Pula? Ini Jawapannya

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: @hairulvcool via TikTok

The post Boleh Buat Sendiri, Ini Cara Mudah Nak Buka & Tukar Getah Pintu Peti Sejuk appeared first on Siakap Keli.


Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Sukan

0 LIVERPOOL – Penyerang Liverpool, Darwin Nunez perlu membuktikan ketajamannya sama seperti dilakukannya ketika mewakili Uruguay menjelang aksi Liga Europa menentang LASK Linz di...

Mamak News

0 TOKYO: Sebuah kilang pembuatan Jepun mendapat perhatian warga net baru-baru ini kerana mengeluarkan produk tukul berbentuk seperti pisang sebenar. Kilang besi Ikeda yang...

Mamak News

0 Bantuan Kepada Penduduk Palestin Di Gaza Tidak Cukup – PBB WASHINGTON, 30 Nov (Bernama-AA) — Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres...

Hiburan

0 PETALING JAYA – “Selepas jadi bapa, rasa muda semula (ketawa). Demikian respons rawak hero Malaya, Remy Ishak apabila disuakan pertanyaan bagaimana perasaan selepas...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications