Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Mamak News

Boleh Ke Ganti Gula Dengan Pemanis Tiruan Untuk Pesakit Diabetes? Ikuti Penjelasan Ini


gula pemanis tiruan diabetes

Boleh Ke Ganti Gula Dengan Pemanis Tiruan Untuk Pesakit Diabetes? Ikuti Penjelasan Ini

Sebagai seorang yang didiagnos penyakit kencing manis, pastinya kita akan lebih berhati-hati dalam memilih memakan untuk mengelakkan gula di dalam darah meningkat.

Bukanlah tidak boleh makan makanan manis langsung tetapi perlu dikurangkan supaya ia tidak mencetuskan peningkatan gula secara mendadak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Disebabkan itu, ramai yang mula mengambil alternatif dalam makanan iaitu menggantikan gula dengan pemanis tiruan. Bagaimanapun adakah ia dibenarkan untuk pesakit kencing manis mengambil pemanis tiruan itu?

Ikuti penjelasan daripada Hello Doktor di bawah ini.

Gantikan Gula Dengan Pemanis Tiruan, Adakah Ini Bagus Untuk Pesakit Diabetes?

| KampungmamakcomKredit: Hello Doktor

Bagi seorang pesakit kencing manis, makanan atau minuman yang tinggi gula sudah pasti akan jadi musuh ketat mereka! Bagaimana pula dengan pemanis tiruan?

Advertisement. Scroll to continue reading.

Persoalan ini sering kali akan bermain di fikiran penderita diabetes kerana ia adalah alternatif untuk mengambil hidangan dengan rasa manis namun tanpa gula.

Walau bagaimanapun, masih ramai yang belum tahu sama ada pemanis yang digunakan untuk menggantikan gula ini akan meningkatkan kadar gula dalam darah atau tidak.

Apa itu pemanis tiruan?
| KampungmamakcomKredit: Hello Doktor

Untuk pengetahuan anda, pemanis tiruan atau gula alternatif adalah sejenis bahan kimia yang digunakan untuk membuat makanan atau minuman itu manis.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Rasanya adalah hampir sama dengan gula biasa namun ia mempunyai tahap rasa manis yang berlipat kali ganda berbanding gula biasa yang selalu digunakan.

Disebabkan itu, penggunaan pemanis ini adalah jauh lebih kecil jumlahnya jika hendak memberikan rasa manis yang sama dalam makanan atau minuman.

Antara faktor utama penggunaan gula alternatif ini sangat popular adalah kerana ia hampir tidak mempunyai kalori, karbohirat dan kos penghasilan yang jauh lebih murah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, ramai daripada golongan pesakit kencing manis turut percaya bahawa pemanis ini tidak akan menjejaskan kondisi yang dialami oleh mereka itu.

Berapa jenis pemanis tiruan?

Sebenarnya, terdapat banyak jenis gula alternatif yang mungkin kita semua pernah ambil tanpa sedar dan masing-masing dijual dengan nama dan jenama berbeza.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Antara pemanis yang paling popular digunakan adalah seperti berikut:

Saccharin – Biasa digunakan dalam minuman, jus, jeli dan yogurt serta memiliki tahap kemanisan antara 200 hingga 700 kali ganda
Sucralose – Biasa digunakan dalam makanan, roti, gelatin dan gula-gula getah serta memiliki tahap kemanisan sehingga 600 kali ganda
Aspartame – Mempunyai tahap kemanisan sehingga 200 kali ganda, ia tidak tahan dengan haba dan akan hilang rasa manis jika dipanaskan
Neotame – Mempunyai tahap kemanisan sehingga 13,000 kali ganda, ia tahan dengan haba dan tidak akan hilang rasa manis jika dipanaskan
Advantame – Biasa digunakan dalam produk minuman, serbuk minuman serta bahan memasak lain dan mempunyai tahap kemanisan sehingga 20,000 kali ganda
Acesulfame potassium – Biasa digunakan dalam pemanis mulut sejuk beku, gula-gula, kek dan air berkarbonat jenis diet
Stevia – Merupakan gula alternatif paling popular, ia diekstrak daripada daun pokok Stevia Rebaudiana Bertoni dari benua Ameria Selatan
Luo Han Guo – Merupakan gula alternatif dari buah Luo Han Guo dan mempunyai tahap kemanisan antara 100 hingga 250 kali ganda

Walau apapun jenisnya, tujuan gula alternatif ini adalah satu sahaja yakni memaniskan makanan serta minuman tanpa penggunaan sebarang gula biasa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ia adalah satu alternatif yang sering kali digunakan oleh individu yang tidak ingin mengambil terlalu banyak gula dalam diet mereka akibat kondisi tertentu.

Disebabkan itu, pesakit kencing manis gemar menggunakan pemanis tiruan ini. Pun begitu, adakah ia selamat dan tidak akan menjejaskan kondisi mereka itu?

Ia meningkatkan kadar gula dalam darah?
| KampungmamakcomKredit: Hello Doktor

Bagi pesakit diabetes, adalah sangat penting untuk mereka mengekalkan kadar gula dalam darah (glukosa) agar ia tidak berada pada aras yang terlalu tinggi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jika ia tidak berjaya dikawal, maka akan berlaku pelbagai jenis komplikasi kencing manis dan antara yang paling ditakuti adalah amputasi anggota tubuh badan.

Menurut Pakar Endokrinologi M. Regina Castro, artificial sweetener adalah selamat untuk diambil oleh pesakit diabetes dan tidak akan menjejaskan kondisi tersebut.

Ini kerana gula alternatif ini mungkin sama sekali tidak akan meningkatkan kadar gula dalam darah seperti mana yang berlaku jika ambil terlalu banyak gula biasa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kebanyakan pemanis tiruan dikategorikan sebagai ‘free food’ yakni mempunyai kurang daripada 20 kalori dan kurang 5 gram karbohidrat yang sangat bagus untuk penderita diabetes.”, jelas Regina Castro lagi.

Pun begitu, anda juga perlu ingat bahawa ada kemungkinan di mana bahan lain dalam makanan atau minuman dengan gula alternatif ini yang berisiko tingkatkan kadar glukosa.

Jadi, adakah ia alternatif terbaik untuk pesakit diabetes?
| KampungmamakcomKredit: Hello Doktor

Secara umumnya, gula alternatif merupakan pengganti gula yang terbaik untuk pesakit kencing manis jika masih mahukan hidangan dengan rasa yang manis.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sekiranya anda ada sebarang persoalan mengenai pemanis ini, sila berkomunikasi dan berkonsultasi dengan doktor atau pakar diet bagi merungkai persoalan di minda anda.

Sumber: Hello Doktor

BACA: Jiran Tak Puas Hati Ayam Berkokok Sebelum 7 Pagi

Advertisement. Scroll to continue reading.

The post Boleh Ke Ganti Gula Dengan Pemanis Tiruan Untuk Pesakit Diabetes? Ikuti Penjelasan Ini appeared first on Siakap Keli.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Hiburan

3s PETALING JAYA – “Lawan tetap lawan.” Demikian luahan wanita bernama Nazatul Nazira yang berdepan saman daripada pelakon, Puteri Sarah membabitkan tuntutan berjumlah RM1...

Sukan

3s LONDON – Bekas juara dunia Formula Satu (F1) dua kali, Fernando Alonso menepis dakwaan beliau sudah mengadakan perbincangan dengan Mercedes untuk menggantikan posisi...

Hiburan

0 PETALING JAYA – Selepas dua tahun bercinta, penyampai radio atau deejay Fly FM, Arieff Yong melamar kekasih asal Sepanyol di sebuah pawagam pada...

Hiburan

3s PETALING JAYA – “Saya tiada pihak ketiga, begitu juga dengan bekas isteri.” Demikian kata bekas suami kepada pelakon Mawar Rashid iaitu Raf Yaakob...

Advertisement