Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Boleh Ke Ibu Bapa Guna Duit Raya Anak-anak, Apa Hukumnya? Ini Jawapan Dr. Zulkifli


Boleh Ke Ibu Bapa Guna Duit Raya Anak-anak, Apa Hukumnya? Ini Jawapan Dr. Zulkifli

Memandangkan sekarang musim raya, golongan kanak-kanak sudah semestinya mendapat duit raya daripada jiran tetangga dan saudara mara.

Lazimnya, wang yang diterima akan diberikan kepada ibu bapa untuk disimpan ke dalam bank. Ada yang menyimpan wang untuk tujuan menyambung pengajian ke peringkat tinggi .

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, ada juga yang memasukkan duit raya anak mereka ke adalam akaun Tabung Haji bagi memudahkan perjalanan ke tanah suci pada masa akan datang, selain menikmati hasil dividen.

Ada juga segelintir ibu bapa yang menggunakan duit raya anak untuk membeli kelengkapan persekolahan mereka dan sebagainya.

Sungguhpun digunakan untuk kebajikan anak-anak, ramai masih sangsi akan hukum menggunakan duit raya anak-anak dalam urusan harian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hal ini disebabkan, duit tersebut diberikan kepada anak-anak, bukannya kepada ibu bapa, adakah dibolehkan bagi para ibu bapa untuk menggunakan wang tersebut?

Jika sudah digunakan, adakah perlu wang tersebut digantikan semula kepada anak-anak?

Untuk menjawab persoalan tersebut, mantan Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Zulkifli Mohd Al-Bakri telah menjawab persoalan tersebut menerusi laman webnya, Maktabah al- Bakri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Berikut merupakan perkongsiannya:

Soalan:

Assalamualaikum Dato’ Seri, saya ingin bertanya apakah hukum mengambil dan menggunakan duit raya anak, untuk membeli barang keperluan anak itu sendiri atau barang keperluan harian di rumah? Adakah ia perlu digantikan semula?

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.

Dalam menjawab persoalan ini, kami nyatakan bahawa sepatutnya seseorang abah atau ayah menghormati harta atau duit orang yang memberi kepada anaknya. Ini berdasarkan kepada pendapat ramai ulama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jumhur (majoriti) fuqaha’ di dalam mazhab al-Syafi’i, Hanafi dan Maliki berpendapat bahawa ayah tidak boleh mengambil harta anaknya kecuali dalam keadaan yang memerlukannya sahaja. Lihat Mughni al-Muhtaj (3/446), Hasyiyah Ibn ‘Abidin (4/513), Hasyiyah ad-Dasuqi ‘ala al-Syarh al-Kabir (2/522)

Mereka berhujah berdasarkan keumuman hadith Nabi SAW bahawa tidak boleh diambil harta seseorang dengan sewenang-wenangnya. Ini berdasarkan sabda Nabi SAW:

فَإِنَّ دِمَاءَكُمْ وَأَمْوَالَكُمْ وَأَعْرَاضَكُمْ بَيْنَكُمْ حَرَامٌ كَحُرْمَةِ يَوْمِكُمْ هَذَا فِي بَلَدِكُمْ هَذَا

Advertisement. Scroll to continue reading.

Maksudnya: “Sesungguhnya darah-darah kamu, harta-harta kamu dan kehormatan di antara kamu adalah haram bagimu sepertimana kemuliaan pada harimu ini, di negerimu ini”

Riwayat at-Tirmizi (2159)

Al-Mubarakfuri Rahimahullah telah berkata: “Sesungguhnya darah-darah kamu, harta-harta kamu dan kehormatan kamu haram bagimu iaitu haram untuk diambil sebahagian daripada kamu ke atas sebahagian yang lain pada hari-hari lain sepertimana kehormatan pada hari ini iaitu pada hari Arafah (pendapat lain: hari raya korban), di negeri ini iaitu Mekah” Lihat Tuhfah al-Ahwazi (8/382)

Advertisement. Scroll to continue reading.

BACA: Mula Dari Bidor, Lelaki Nekad Berjalan Kaki 10,161 KM Menuju Mekah

Walaupun begitu, sejujurnya saya cenderung dengan pandangan fuqaha’ dalam mazhab Hanbali yang berpendapat bahawa seorang ayah berhak untuk mengambil harta anaknya secara mutlak, sama ada anaknya masih kecil mahupun sudah besar, namun dengan 2 syarat, iaitu:

Tidak memberi mudarat kepada anaknya dan tidak mengambil sesuatu yang menjadi keperluannya anaknya;

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tidak mengambil harta daripada salah seorang daripada anaknya dan memberikannya kepada anak yang lain.

(Lihat al-Mughni, 6/62)

Mereka berhujah dengan hadith Nabi SAW daripada Jabir bin Abdullah RA:

Advertisement. Scroll to continue reading.

أَنَّ رَجُلا قَالَ: يَا رَسُولَ اللَّه, إِنَّ لِي مَالا وَوَلَدًا وَإِنَّ أَبِي يُرِيدُ أَنْ يَجْتَاحَ مَالِي, فَقَالَ رسول الله صلى الله عليه وسلم: أَنْتَ وَمَالُكَ لأَبِيكَ

Maksudnya: “Bahawa sesungguhnya seorang lelaki telah berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku memiliki harta dan anak, dan ayahku ingin mengambil hartaku, maka Rasulullah SAW bersabda: “Kamu dan harta kamu adalah milik ayah kamu”

Riwayat Ibn Majah (2291)

Mengenai hadith ini, selepas menukilkan pandangan muhadithin seperti al-Daraqutni, Ibn Qattan dan al-Munziri Rahimahumullah, al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani Rahimahullah telah memberi komentar:

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Maka gabungan daripada jalan-jalan periwayatan hadith ini tidak akan melemahkannya dan harus berhujah dengannya.” Lihat Fath al-Bari Syarh Sahih Bukhari (5/211)

Imam al-Suyuti Rahimahullah berkata: “Hadith ini sanadnya sahih, perawi-perawinya thiqah (dipercayai) atas syarat-syarat Imam al-Bukhari dan mempunyai syahid daripada hadith riwayat ‘Aisyah R.Anha.” (Lihat Misbah az-Zujajah fi Zawaid Ibn Majah, 3/37)

BACA: Guna Maybank2U, Boleh Simpan Duit Raya Anak Terus Ke Akaun Tabung Haji

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ulama’ juga berbeza pandangan adakah ibu dibolehkan untuk menggunakan harta anaknya jika keadaan memerlukan dan adakah ibu termasuk dalam makna hadith: “أَنْتَ وَمَالُكَ لأَبِيكَ” atau pun tidak.

Sebahagian ulama berpendapat bahawa ibu tidak termasuk dalam makna hadith tersebut.

Ibn Qudamah al-Maqdisi Rahimahullah berkata: “Tidak boleh selain daripada ayah untuk mengambil harta anaknya tanpa meminta keizinannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ini kerana hadith yang diturunkan telah ditujukan kepada ayah (أَنْتَ وَمَالُكَ لأَبِيكَ), maka tidak sah untuk mengqiyaskan selain kepada ayah kerana ayah mempunyai kekuasaan ke atas anak serta hartanya jika anak tersebut masih kecil.” (Lihat al-Mughni, 5/397).

Sebahagian ulama’ pula berpendapat bahawa ibu termasuk dalam makna hadith tersebut. Mereka bersandarkan kepada kata-kata sahabat, Abdullah bin Jabir RA:

يَأْخُذُ الْأَبُ وَالْأُمُّ مِنْ مَالِ وَلَدِهِمَا بِغَيْرِ إذْنِهِ ، وَلَا يَأْخُذُ الِابْنُ وَالِابْنَةُ مِنْ مَالِ أَبَوَيْهِمَا بِغَيْرِ إذْنِهِمَا

Advertisement. Scroll to continue reading.

Maksudnya: “Ayah dan ibu boleh mengambil harta anaknya tanpa perlu meminta keizinan daripadanya, dan tidak boleh anak lelaki dan anak perempuan mengambil harta kedua ibu bapanya tanpa mendapat keizinan daripada mereka berdua.” (Lihat al-Muhalla, 6/385)

Mereka juga berhujah dengan riwayat daripada Atha’ bin Abi Rabah dan al-Zuhri yang membenarkan ibu mengambil harta anaknya sepertimana dibenarkan ke atas ayah. (Lihat al-Mudawwanah, 2/264)

Justeru, kami katakan jika keperluan mendesak oleh si bapa sebagaimana masalah kewangan yang dihadapi oleh sebahagian anggota masyarakat kita, maka bolehlah diguna duit anak terlebih dahulu.

Seboleh-bolehnya, gantilah semula dan ini sudah tentu akan menambahkan lagi nilai kepercayaan dan penghormatan si anak terhadap bapanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Semoga hubungan anak dan ayah serta keluarga bertambah mantap dan marilah kita berdoa:

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

Maksudnya: ““Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.”

Advertisement. Scroll to continue reading.

Surah al-Furqan (74)

BACA: Mula Dari Bidor, Lelaki Nekad Berjalan Kaki 10,161 KM Menuju Mekah

Sumber: Maktabah al – Bakri

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Hiburan

3s PETALING JAYA – “Lawan tetap lawan.” Demikian luahan wanita bernama Nazatul Nazira yang berdepan saman daripada pelakon, Puteri Sarah membabitkan tuntutan berjumlah RM1...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Pelakon Azri Iskandar menangkis dakwaan segelintir individu yang menuduhnya sebagai kaki kikis apabila dikatakan suka mengambil kesempatan terhadap wanita. Kata...

Hiburan

0 PETALING JAYA – Selepas melalui ‘drama’ keluarga penuh berliku tahun lalu, ibu penyanyi Shila Amzah iaitu Fauziah Sarman sekali lagi mengundang perhatian ramai...

Hiburan

3s KALAU sudah namanya Roy Azman, pasti ada sahaja yang keluar daripada mulutnya akan menggelikan hati ramai. Terkenal dengan sifat suka mengusik, Roy baru-baru...

Advertisement