Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.
Sebenarnya banyak kegunaan teknologi dompet digital termasuklah dalam urusan pembayaran gaji pekerja. Mesti ramai yang pelik kan, gaji bulanan di bayar pakai ‘e-wallet’?
“Ada tak kat sini dibayar gaji melalui e-wallet? Menyusahkan ke menyenangkan?”
Menerusi penjelasan daripada pemilik akaun Tiktok Kerjajer, sebenarnya majikan boleh membayar gaji pekerja menerusi e-wallet kerana sekarang banyak aplikasi bayaran yang menggunakan ewallet. Bagaimanapun, pembayaran tersebut boleh dilakukan dengan syarat pekerja boleh tunaikan tanpa kos tambahan.
Antara produk ‘e-wallet’ adalah Touch ‘n’ Go, Bigpay, Shopeepay, MAE Maybank dan banyak lagi. Jika majikan beri gaji dan masukkan ke dalam produk-produk ini, ianya boleh diguna pakai kerana boleh keluarkan wang dalam bentuk tunai.
Tetapi kita kena tahu contoh produk yang tak boleh antara seperti Starbucks Card kerana kad ini tidak boleh keluarkan tunai dan ia hanya digunakan pada satu produk itu sahaja.
Untuk lebih maklumat, jom kita tonton video di bawah untuk maklumat lanjut.
@kerjajer Ada tak kt sini dibayar gaji melalui e-wallet? Menyusahkan ke menyenangkan? #kerjajer
Sumber: Kerjajer
