Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Boleh Ke Wanita Haid Duduk Dalam Surau Jumaat? Ni Jawapan Dr. Zulkifli


wanita haid duduk surau jumaat

Boleh Ke Wanita Haid Duduk Dalam Surau Jumaat? Ni Jawapan Dr. Zulkifli

Sewaktu kecil dahulu, mesti pernah dengar yang wanita haid tidak dibenarkan untuk memasuki masjid kerana dirinya berada dalam keadaan tidak bersih.

Penyataan itu sememangnya menjadi tanda tanya, sama ada ia adakah benar atau salah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, menerusi Maktabah al-Bakri bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah menjelaskan persoalan tersebut.

Telesuri jawapannya di bawah untuk mengetahui sama ada perempuan haid dibenarkan duduk dalam surau Jumaat atau tidak.

BACA: Boleh Pilih, Ni 10 Tip Bersihkan Kulit Kerang Yang Patut Anda Cuba

Advertisement. Scroll to continue reading.

#2892: Perempuan Haid Duduk dalam Surau Jumaat

Soalan:

Assalamualaikum Dato’ Seri. Bolehkah wanita haid duduk dalam surau bertaraf solat jumaat?

Jawapan:

Advertisement. Scroll to continue reading.

Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan.

Kami mulakan dengan firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَقْرَبُوا الصَّلَاةَ وَأَنتُمْ سُكَارَىٰ حَتَّىٰ تَعْلَمُوا مَا تَقُولُونَ وَلَا جُنُبًا إِلَّا عَابِرِي سَبِيلٍ حَتَّىٰ تَغْتَسِلُوا ۚ

Advertisement. Scroll to continue reading.

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan. Dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan junub (berhadas besar) – kecuali kamu hendak melintas sahaja – hingga kamu mandi bersuci.”

Surah al-Nisaa’ (43)

Berdasarkan ayat di atas, Imam al-Syafi’e menyatakan bahawa seorang yang dalam keadaan berjunub, dia tidak boleh untuk duduk di dalam masjid dan hanya boleh melaluinya sahaja. (Lihat Ahkam al-Qur’an, 3/168)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Begitu juga dengan hadith Nabi SAW yang lain:

إِنَّ الْمَسْجِدَ لاَ يَحِلُّ لِجُنُبٍ وَلاَ لِحَائِضٍ

Maksudnya: Sesungguhnya masjid tidak halal untuk dimasuki oleh orang yang berjunub dan wnaita yang sedang dalam keadaan haidh.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sunan Abi Daud (232) dan Sunan Ibn Majah (645)

Meskipun hadith ini tidak terlepas daripada kritikan oleh para ulama, namun Imam al-Syaukani telah membahaskan secara panjang lebar dan menegaskan bahawa hadith ini menjadi kuat kerana disokong oleh banyak faktor penguat (syawahid). (Lihat Nail al-Authar, 1/288)

Berkenaan isu ini, kami telah jawab dalam artikel sebelum ini:

Advertisement. Scroll to continue reading.

#1486: Pelajar Haid Berada di Surau Bagi Sesi Pembelajaran

Berbalik kepada soalan di atas, kami nyatakan tidak boleh bagi perempuan haid untuk masuk ke surau jumaat kerana ia menepati ciri-ciri masjid. Namun, jika sekadar melalui kawasan masjid/surau jumaat atau duduk diluar ruangan solat, maka tidak menjadi masalah.

Kami syorkan agar pihak masjid atau surau Jumaat menyediakan dewan yang khas bagi wanita yang haid untuk terus dapat menimba ilmu dan mempelajarinya tanpa merasa sebarang keraguan serta syak. Sesungguhnya, mempelajari ilmu bukan semata-mata diwajibkan kepada lelaki tetapi ia umum termasuklah wanita. Hal ini berdasarkan hadith Nabi SAW:

Advertisement. Scroll to continue reading.

‏ طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ

Maksudnya: “Menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap orang Islam.”

Riwayat Ibnu Majah (224), al-Bazzar (6746) dan Abu Ya’la (2837). Al-‘Iraqi menyatakan isnadnya dha’if dalam takhrij al-Ihya’ (1/16)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Akhirnya, semoga dengan sedikit penjelasan yang diberikan ini mampu memberikan kepada kita sedikit kefahaman dalam menjalani kehidupan seharian yang lebih baik. Amin.

Wallahua`lam.

 Kami akhiri dengan doa:

Advertisement. Scroll to continue reading.

اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً

Maksudnya: “Ya Allah, kami memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.”

Sumber: Maktabah al-Bakri

Advertisement. Scroll to continue reading.

The post Boleh Ke Wanita Haid Duduk Dalam Surau Jumaat? Ni Jawapan Dr. Zulkifli appeared first on Siakap Keli.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Lifestyle

0 Ini antara gerai yang menjual laksa Sarawak di Singapura Ini Gerai Laksa Sarawak Yang Anda Boleh Cuba Di Singapura. Kehidupan anak perantau kadang...

Mamak News

0 Kes Zayn Rayyan: Polis Ambil 228 DNA Penduduk Apartment Idaman PETALING JAYA, 10 Dis (Bernama) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil sejumlah...

Mamak News

0 Lelaki Bunuh Ibu Bapa Direman Seminggu KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) — Lelaki yang dipercayai membunuh ibu dan bapanya dalam pergaduhan di rumah...

Mamak News

0 Angka Kematian Di Palestin Meningkat Kepada 17,674 Orang – Kementerian Kesihatan RAMALLAH (Palestin), 10 Dis (Bernama-WAFA) — Angka kematian penduduk Palestin susulan serangan...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications