Hi, what are you looking for?

Mamak News

Boleh Membesar Sehingga 20cm, Kenali Eulagisca Gigantea, Cacing Berbulu Ditemukan Di Lautan Antartika


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

Boleh Membesar Sehingga 20cm, Kenali Eulagisca Gigantea, Cacing Berbulu Ditemukan Di Lautan Antartika

Lautan menyimpan seribu satu rahsia misteri yang masih belum diketahui oleh manusia. Pelbagai haiwan yang tidak pernah dilihat datang dari kawasan dipenuhi air. Terdapat pelbagai rupa dan bentuk yang tidak pernah anda bayangkan keluar dari ‘perut’ laut.

Seperti seekor mahluk ini yang ditemukan di lautan selatan berhampiran Antartika. Berada pada kedalaman 500 meter, seekor cacing laut ini pasti membuatkan anda terfikir seperti berada di planet lain.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dikenali sebagai Eulagisca gigantea, ia tergolong dalam sub keluarga Polynoidae, yang merangkumi banyak spesies cacing laut pendek yang terdapat di seluruh dunia.

Kenali Eulagisca Gigantea Cacing BerbuluGambar: NMNH, Smithsonian Institution via Australian Geographic

Dari segi luaran, bahagian hujung badannya ditutupi dengan bulu berwarna emas yang membuatkan anda terpegun dengan kecantikannya.

Seakan susunan gigi manusia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Manakala pada badannya seakan-akan susunan gigi manusia. Selain itu, sisik yang menutupi badan mereka pula dipanggil elytra.

Bahagian seperti kepala sebenarnya tidak mempunyai mata dan ia dipanggil proboscis yang boleh keluar dan dimasukkan semula walaupun ia kelihatan seperti mahkluk asing dan sangat menyeramkan.

Membesar sehingga 20cm

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, spesies yang jarang dilihat ini mampu membesar sehingga 20 sentimeter (cm) dan 10cm lebar. Sudah semestinya saiz ini bukanlah yang dinginkan kita untuk seekor ‘cacing’.

Meskipun hanya sedikit sahaja maklumat yang diketahui berhubung cacing ini namun pengkaji telah menjelaskan bahawa haiwan ini merupakan jenis pemangsa.

Tambahan pula gigi yang tajam sepanjang 7cm direka khas untuk mengoyakkan mangsanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, satu foto yang memaparkan cacing itu telah dimuat naik di Facebook seorang ahli biologi pada tahun 2012. Ia dipercayai ditemui di Lautan Antartika pada kedalaman 520 hingga 670 meter.

Penyelidik juga telah menggunakan analisis DNA untuk menganggarkan bahawa mungkin spesies itu ada dua kali lebih banyak di lautan, seperti yang disyaki sebelum ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Live Science, Australian Geographic

BACA: “Baju Diconteng, Buku Dikoyak & Dibuang, Tapi Akhirnya Aku Yang Dimarahi Guru, Siap Kena Pulau Dengan Kawan-kawan”

BACA JUGA: Jarang Dilihat, Kanak-Kanak Terkejut Temui Cacing Gergasi Sepanjang 3 Kaki

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Is Sabri Yaakob membangkitkan kekecewaan Malaysia dalam isu Palestin dan Myanmar terutamanya...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Saintis Temui Virus Covid Baharu Dalam Kelawar, Dipercayai ‘Kalis’ Terhadap Vaksin Sedia Ada Saintis mendakwa bahawa telah menemui...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KUALA LUMPUR – Polis menahan tiga lelaki tempatan selepas disyaki terbabit pergaduhan hingga mengakibatkan seorang lelaki Australia parah...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PUTRAJAYA, 25 Sept (Bernama) — Seorang mahasiswa rakyat Malaysia di Universiti Al-Azhar yang sebelum ini ditahan pihak berkuasa Mesir...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications