Hi, what are you looking for?

Mamak News

Bomba kenal pasti 595 ‘hot spot’ banjir di Kelantan


KOTA BHARU – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan mengenal pasti kira-kira 595 lokasi ‘hot spot’ yang dijangka berlaku banjir semasa musim tengkujuh di tujuh buah daerah pada tahun ini.

Pengarah JBPM Kelantan, Zainal Madasin berkata, kebanyakan titik panas lokasi banjir merupakan kawasan kampung yang sering dilanda bah terutamanya di daerah Rantau Panjang, Pasir Mas, Gua Musang, Kuala Krai dan Tumpat.

Menurutnya, JBPM juga sentiasa menjalankan pemantauan di kawasan cerun yang berisiko di negeri ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Selain di kawasan kampung, lokasi cerun terutamanya di Gua Musang dan Jeli merupakan lokasi yang terjejas semasa musim Monsun Timur Laut kerana merupakan antara kawasan tinggi di negeri ini.

“Sehubungan itu, seramai lebih 3,500 anggota operasi termasuk pasukan bomba komuniti dan pesara bomba yang berada dalam keadaan siap sedia ketika ini,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perhimpunan Bulanan September 2022 di Dewan Utama JBPM Kelantan, Tunjong di sini hari ini.

Mengulas lanjut, menurut Zainal, jumlah itu terdiri daripada 1,300 anggota operasi, 2,200 ahli bomba komuniti dan 65 pesara bomba yang sudi membantu secara sukarela di kawasan masing-masing. – KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Pendatang Dari Australia, Penyelidik Jelaskan Fakta Menarik P Akasia Selalu nampak p ini di tepi jalan tetapi tidak tahu nama, p yang tumbuh...

Mamak News

0 Petinju Muay Thai Malaysia Tumbangkan Lawan Dalam Tempoh 36 Saat BANGKOK, 10 Dis (Bernama) — Petinju muay thai negara Johan Ghazali mendominasi lawannya dalam...

Lifestyle

0 Lagi menu sarapan ‘lejen’ di Kuching Legend Di Kuching, Mi Jawa Rabak Ini Jadi Menu ‘Breakfast’ Kegemaran Penduduk Tempatan. Hari ini, kami akan...

Mamak News

0 Anjing Sakit Gusi, Punca Kejadian Tayar Pancit Di Itali Sejak bulan Julai yang lalu, penduduk di pekan Vastogirardi, Itali mengalami masalah tayar pancit...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications