Hi, what are you looking for?

Mamak News

Bos dilarang telefon kakitangan di luar waktu kerja


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

BRUSSELS – Kakitangan awam di Belgium tidak perlu lagi menjawab panggilan berkaitan kerja daripada majikan mereka di luar waktu bekerja bermula 1 Februari ini, lapor akhbar Daily Mail semalam.

Peraturan tersebut dinyatakan menerusi memo yang dikeluarkan oleh Menteri Perkhidmatan Awam, Petra De Sutter.

Perkara serupa dijangka turut diaplikasikan di sektor swasta manakala cadangan kerja empat hari seminggu sedang dipertimbangkan bagi menerapkan ‘perubahan budaya’ pekerjaan di Belgium.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kakitangan hanya boleh dihubungi selepas waktu kerja sekiranya melibatkan keadaan luar biasa dan tidak dijangka serta tindakan yang tidak boleh menunggu sehingga tempoh bekerja seterusnya, jelas memo tersebut.  

De Sutter berkata, perubahan itu akan membantu menangani tekanan kerja berlebihan serta keletihan terutamanya disebabkan perintah bekerja dari rumah yang menimbulkan konflik keseimbangan antara pekerjaan dan kehidupan sosial. 

Keadaan luar biasa dan tidak dijangka yang membenarkan panggilan kerja dilakukan itu tidak diperincikan dengan jelas di bawah peraturan baharu tetapi perjanjian boleh dibuat antara pengurusan dan kakitangan atau kesatuan sekerja untuk melaksanakannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jurucakap Menteri Buruh Persekutuan, Pierre-Yves Dermagne memberitahu agensi berita The Brussels Times bahawa peraturan yang sama turut diaplikasi untuk sektor swasta yang akan berkuat kuasa serentak dengan pengenalan bekerja selama empat hari seminggu.- Agensi



Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KUALA LUMPUR – Dua gol pantas dalam tempoh empat minit dilihat sebagai punca utama kekalahan 2-3 skuad hi...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. NEW YORK: Bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump memfailkan saman fitnah berjumlah AS$475 juta (RM2.13 bilion) terhadap agensi...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Berlaku sedikit kekeliruan di kalangan umat Islam yang sering menggunakan khidmat penghantaran makanan dan membuat pembayaran secara atas...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KUANTAN – Sebanyak 14 jenis dadah bernilai RM420,724 yang membabitkan kes dari tahun 2016 akan dilupuskan es. Ketua...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications