Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Bot bawa 100 pelarian Rohingya tiba di Aceh


JAKARTA: Sebuah bot dinaiki kira-kira 100 pelarian Rohingya, mendarat di wilayah Aceh, Indonesia, hari ini, kata ketua komuniti nelayan tempatan.

Ia merupakan kumpulan pelarian terbaharu yang melarikan diri dari Myanmar dengan menaiki bot, pada tahun ini.

Ramai pelarian Rohingya selama bertahun-tahun menaiki bot kayu untuk sampai ke negara jiran Thailand, Bangladesh, Malaysia dan Indonesia terutamanya antara November dan April ketika laut tenang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malah, sebilangan besar pelarian itu turut meninggal dunia di laut akibat penyakit, kelaparan dan keletihan.

Dilaporkan, ratusan pelarian Rohingya tiba awal tahun ini.

Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) menyifatkan 2022 mungkin merupakan antara tahun paling dahsyat di laut dalam hampir sedekad bagi Rohingya, minoriti agama dan etnik yang teraniaya di Myanmar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ketua komuniti nelayan tempatan di Aceh, Miftah Cut Ade mengesahkan seramai 100 pelarian Rohingya tiba dengan menaiki sebuah bot di wilayah Pidie Aceh.

Katanya, kebanyakan golongan pelarian itu terdiri daripada kanak-kanak dan wanita, sambil menambah mereka ketika ini amat lemah dan memerlukan nutrisi.

Jurucakap UNHCR memaklumkan pasukannya dalam perjalanan ke kawasan itu namun tidak mendedahkan butiran lanjut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, ketua polis tempatan, Effendi berkata, pihak berkuasa masih mengira bilangan pelarian Rohingya yang tiba di wilayah itu hari ini.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan butiran lokasi dari mana kumpulan pelarian itu datang.

Dilaporkan, hampir sejuta pelarian Rohingya tinggal dalam keadaan sesak di Bangladesh, antaranya mereka melarikan diri daripada tindakan kekerasan tentera Myanmar pada 2017. – REUTERS

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Utusan Malaysia

Teruskan Membaca

Mamak News

0 TOKYO: Sebuah kilang pembuatan Jepun mendapat perhatian warga net baru-baru ini kerana mengeluarkan produk tukul berbentuk seperti pisang sebenar. Kilang besi Ikeda yang...

Mamak News

0 Bantuan Kepada Penduduk Palestin Di Gaza Tidak Cukup – PBB WASHINGTON, 30 Nov (Bernama-AA) — Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres...

Hiburan

0 PETALING JAYA – “Selepas jadi bapa, rasa muda semula (ketawa). Demikian respons rawak hero Malaya, Remy Ishak apabila disuakan pertanyaan bagaimana perasaan selepas...

Lifestyle

0 Usaha Bersama BNM-PDRM Tangani Perniagaan Wang Haram di Sarawak BNM Dan PDRM Serbu Lapan Premis Perniagaan Perkhidmatan Wang Tanpa Lesen Di Sarawak. Bank...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications