Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Bot bawa 250 pelarian Rohingya diusir kembali ke laut


JAKARTA: Kira-kira 250 pelarian Rohingya yang menaiki sebuah bot kayu diusir kembali ke laut ketika cuba mendarat di pesisir pantai Aceh di barat Indonesia.

Penduduk tempatan dilaporkan berang dan mengarahkan bot membawa kumpulan pelarian itu tidak mendarat.

Namun, beberapa pelarian sempat berenang ke pantai dan ada yang pengsan kerana kepenatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selepas diusir kembali ke laut, bot itu menuju ke arah pantai Aceh Utara dan mendarat di sana.

Tetapi, penduduk tempatan di sana juga menghalau bot pelarian itu kembali ke laut pada petang Khamis lalu.

“Sehari kemudian, bot itu yang dilaporkan belayar dari Bangladesh kira-kira tiga minggu lalu, tidak kelihatan di pantai Aceh Utara,” kata seorang penduduk.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beribu-ribu etnik Rohingya yang majoritinya beragama Islam mempertaruhkan nyawa mereka setiap tahun untuk cuba sampai ke Malaysia atau Indonesia menerusi jalan laut.

“Kami muak dengan kehadiran mereka kerana apabila golongan itu mendarat di pantai, ramai melarikan diri.

“Ada beberapa ejen yang mendekati mereka selepas tiba. Itu adalah pemerdagangan manusia,” kata pemimpin komuniti di Aceh Utara, Saiful Afwadi. – AFP

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Utusan Malaysia

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Polis Nafi Zayn Rayyan Mangsa Dera PETALING JAYA, 8 Dis (Bernama) — Tiada bekas luka lama akibat penderaan dikesan pada badan kanak-kanak autisme...

Sukan

0 PETALING JAYA – Skuad hi remaja lelaki negara terpaksa akur dengan kehebatan Australia apabila tewas 2-5 di Stadium Hi Nasional, Bukit Jalil sebentar...

Hiburan

0 PETALING JAYA – Pelakon veteran era 1980-an, Datin Maria Arshad masih berada dalam keadaan separuh sedar selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU)...

Mamak News

0 Tak Kumpau, Budak 11 Tahun Berjaya Naikkan Ikan Keli Berat 68 Kilogram Seorang kanak-kanak berasal dari United Kingdom dilaporkan berjaya menangkap ikan keli...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications