Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Sukan

Bryan tampil perjelas situasi Pandelela


PENGARAH teknikal skuad terjun kebangsaan, Bryan Nickson Lomas percaya kenyataan Datuk Pandelela Rinong Pamg mungkin disalah tafsir sehingga me­nimbulkan spekulasi ada gangguan dalam pasukan tersebut.

Bryan yang juga bekas atlet terjun negara menganggap perkara yang menjadi gangguan bukanlah melibatkan individu, sebaliknya ia hanyalah sesuatu berkait latihan dan persiapan.

Sepanjang kem latihan di China dan Kejohanan Akuatik Dunia di Doha, Qatar, beliau mengakui, tiada sebarang petanda ada ‘tangan ghaib’ cuba mengganggu ketenteraman pasukan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Terus-terang saya cakap, memang ada fikir mengenai perkara ini (tangan ghaib), tetapi pada pemahaman saya, dia cakap ada benda yang boleh dikawal dan tidak boleh dikawal bukan merujuk orang ketiga.

“Mungkin ia bermaksud latihan serta kecederaan yang pernah dialami (Nur) Dhabitah sehingga menyebabkan mereka tidak dapat berlatih bersama untuk acara seirama (10 meter platform).

“Sepanjang bersama mereka di China dan Doha, memang tidak ada lihat atau dengar apa-apa perkara pelik kecuali apa yang saya cakap (kecederaan). Bagi saya, ia tidak berkait individu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! kelmarin.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tambah Bryan, beliau akan berjumpa dengan Pandelela dalam masa terdekat bagi mendengar sendiri apa yang dimaksudkan oleh pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 itu berhubung kenyataan tersebut.

“Saya perlu dengar daripada dia sendiri, jadi akan berjumpa dalam masa terdekat. Saya harap tidak ada orang ketiga kerana jika benar, saya juga mahu tahu siapa orangnya,” ujarnya.


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement