Hi, what are you looking for?

Sukan

Bryan tidak percaya rekod 13 tahun lebur di Pusat Akuatik Nasional


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

KUALA LUMPUR – Perenang sensasi Wilayah Persekutuan, Bryan Leong menggegarkan Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil hari ini apabila meleburkan rekod kebangsaan menerusi acara 100 meter (m) kuak kupu-kupu lelaki.

Atlet berusia 19 tahun itu melakukan catatan masa 53.32 saat (s) pada acara akhir sebentar tadi bagi merangkul pingat emas Sukan Malaysia (Sukma) 2022, sekali gus memperbaharui rekod 53.33s milik Daniel Bego yang dilakukan pada Kejohanan Dunia 2009 di Rom, Itali.

Bryan tanpa berselindung mengakui sangat gembira dan teruja untuk menjadi pemegang rekod kebangsaan 100m kuak kupu-kupu lelaki yang baharu meskipun turun tanpa sasaran untuk meleburkan rekod berusia 13 tahun itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya seperti tidak percaya kerana tidak jangka untuk memecahkan rekod pada hari ini, terutamanya catatan masa pantas yang dilakukan Daniel Bego sejak 2009. Sudah tentu saya sangat gembira dengan pencapaian ini.

“Ini merupakan salah satu cita-cita terbesar dalam karier kerana dia (Bego) adalah idola saya di Malaysia. Secara keseluruhan, saya gembira dengan rekod kebangsaan serta catatan peribadi terbaik (PB),” katanya ketika selepas upacara penyampaian pingat.

BRYAN ceria bersama pingat emas yang dimenangi dalam acara 100, kuak kupu-kupu individu lekaki pada Sukma MSN 2022. – FARIZ RUSADIO

Pada masa sama, Bryan juga mengakui, dia tetap berpuas hati dengan catatan masa tersebut meskipun hanya dibezakan 0.01s, sama seperti ketika dia meleburkan rekod kebangsaan 50m gaya bebas pada Sukan SEA Vietnam Mei lalu.

“Saya rasa agak kelakar dengan perbezaan 0.01s kerana catatan masa ketika memecahkan rekod 50m gaya bebas pada Sukan SEA lalu dengan perbezaan masa yang sama. Walaupun beza tidak besar, namun ia tetap bermakna untuk saya,” ujarnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selepas memenangi empat pingat emas pada Sukma dengan memenangi 50m kuak kupu-kupu, 50m kuak dada, 4x100m gaya bebas serta 100m kuak kupu-kupu, Bryan menyasarkan dua lagi emas menerusi 50m gaya bebas serta 4x100m rampaian. – KOSMO! ONLINE

 

KEPUTUSAN ACARA AKHIR RENANG SUKMA 2022

Advertisement. Scroll to continue reading.

400m wanita gaya bebas
Emas – Kelly Teo Yao (Sarawak) – 4:31.92s
Perak – Ong Yong Qi (Johor) – 4:32.36s
Gangsa – Hooy Jia Yee (Pulau Pinang) – 4:34.66s

400m lelaki gaya bebas
Emas – Khiew Hoe Yean (Wilayah Persekutuan) – 3:53.41s
Perak – Tan Khai Xin (Wilayah Persekutuan) – 3:58.72s
Gangsa – Low Zheng Yong (Melaka) – 4:04.59s

100m kuak kupu-kupu wanita
Emas – Lim Shun Qi (Selangor) – 1:02.48s
Perak – Keesha Ho (Pulau Pinang) – 1:03.57s
Gangsa – Kellyn Choong (Selangor) – 1:05.30s

Advertisement. Scroll to continue reading.

100m kuak kupu-kupu lelaki
Emas – Bryan Leong (Wilayah Persekutuan) – 53.32s
Perak – Ng Tze Xiang (Selangor) – 54.72s
Gangsa – Low Zheng Yong (Melaka) – 55.82s

200m kuak dada wanita
Emas – Rouxin Tan (Johor) – 2:35.93s
Perak – Low Ee Mang (Selangor) – 2:45.10s
Gangsa – Yeoh Yun Xuan (Pulau Pinang) – 2:48.70s

200m kuak dada lelaki
Emas – Ng Jing Fu (Selangor) – 2:17.87s
Perak – Hii Puong Wei (Sarawak) – 2:18.65s
Gangsa – Jordan Yip (Selangor) – 2:19.78s

Advertisement. Scroll to continue reading.

4x200m gaya bebas wanita
Emas – Selangor – 8:48.95s
Perak – Sarawak – 8:49.83s
Gangsa – Sabah – 8:59.16s

4x200m gaya bebas lelaki
Emas – Wilayah Persekutuan – 7:41.09s
Perak – Selangor – 7:49.23s
Gangsa – Sarawak – 7:51.84s

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

 


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. LUMUT – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Perak menahan tiga bot nelayan Indonesia bersama 34 nelayan dari negara...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Fasa Peralihan Monsun Dijangka Bermula 3 Oktober Ini – MetMalaysia Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) hari ini memaklumkan...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KAHERAH: Mengimbas kenangan 11 tahun lalu, ratusan ribu rakyat Mesir berhimpun di Dataran Tahrir untuk menunaikan Solat Jumaat....

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. BEKAS Pengarah Akademi FC Twente, Dennis Bekking menjadi pilihan apabila dilantik selaku Pengarah Teknikal Selangor FC yang baharu...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications