Hi, what are you looking for?

Mamak News

Buah pinggang remaja ‘rosak’ selepas dijangkiti Covid-19


MELAKA – Sepasang suami isteri hanya mampu mengalirkan air mata apabila anak ketiga mereka yang sebelum ini aktif kini terlantar selepas disahkan menghidap masalah kegagalan buah pinggang sejak 10 tahun lalu.

Mohd. Fadly Zakaria, 43, berkata, keadaan semakin teruk apabila kedua-dua buah pinggang anaknya, Muhammad Farhan Mohd. Fadly, 17, tidak lagi berfungsi dan kesihatannya semakin merosot sejak setahun lalu selepas dijangkiti Covid-19.

Katanya, penyakit itu dikesan sejak anak ketiganya tersebut berumur lapan tahun selepas menunjukkan tanda-tanda se­perti muka membengkak, badan semakin berisi dan perut membesar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Pada peringkat awal, saya dan isteri, Rosniza Hussin, 41, tidak mengesyaki apa-apa, namun selepas Muhammad Farhan dibawa untuk pemeriksaan, kami dimaklumkan buah pinggangnya sudah bocor.

“Sejak itu, dia bergantung de­ngan ubat dan rawatan susulan di tiga hospital berbeza iaitu Hospital Serdang, Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Seremban,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Peringgit di sini baru-baru ini.

Mohd. Fadly memberitahu, anaknya juga pernah ditidurkan sebanyak tiga kali sepanjang menerima rawatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Bahagian badannya juga sudah banyak ditebuk sehingga tiada lagi tempat,” ujarnya.

Katanya, dia yang tidak be­kerja selepas terbabit kemala­ngan jalan raya pada Oktober 2020 kini buntu untuk mencari wang RM12,000 bagi rawatan susulan anaknya di sebuah pusat perubatan swasta di Johor.

Menurutnya, doktor mencadangkan proses mencuci darah di bahagian tangan dilakukan di hospital swasta memandangkan hospital kerajaan tidak dapat melakukannya kerana salur darah anaknya yang kecil.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Pergerakan saya terbatas kerana ada besi pada kaki, jadi sumber kewangan keluarga dipikul sepenuhnya oleh isteri yang bekerja sebagai pembantu tukang masak dengan pendapatan RM70 sehari.

“Kami menerima bantuan da­ripada Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) sebanyak RM350 dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM500 sebulan,” ujarnya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun Maybank atas nama Mohd. Fadly Zakaria 104022886422 atau menghubunginya di talian 019-6105 596.

Advertisement. Scroll to continue reading.

 


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Polis Tahan Lelaki, Disyaki Suspek Kes Bunuh Penyanyi Rap, Tupac Shakur 27 Tahun Lepas Polis Amerika Syarikat menahan seorang lelaki di Las Vegas,...

Mamak News

0 KUALA LUMPUR – Keadaan hujan renyai mengiringi paluan berundur Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mat Kasim Karim...

Mamak News

0 Murid 11 Tahun Maut Ditimpa Palang Gol Ketika Aktiviti Kurikulum BINTULU, 29 Sept (Bernama) — Seorang murid berusia 11 tahun meninggal dunia selepas...

Sukan

0 KOTA BHARU – Aksi perlawanan Liga Super Kelantan FC menentang Sabah FC di Stadium Sultan Muhammad IV di sini hari ini, terpaksa ditunda...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications