Hi, what are you looking for?

#image_title

Hiburan

Buang masa naik turun mahkamah? Ini jawapan Diana Danielle


PETALING JAYA – Bakal rujuk semula sebagai suami isteri dalam waktu terdekat, pelakon Diana Danielle menyifatkan perubahan besar pada diri bekas suami, Farid Kamil menjadi pendorong utama ke arah keputusan tersebut.

Diana atau nama sebenarnya, Diana Danielle Danny Beeson berkata, banyak perubahan berlaku sejak kemelut rumah tangganya dengan Farid, 42, menjadi sorotan ramai sejak beberapa bulan lepas.

“Saya nampak beberapa perubahan positif dari segi keadaan kami berdua.

“Semua yang kita buat ini sejujurnya adalah untuk anak-anak. Kalau hanya untuk diri kami, mungkin tiada sangat motivasi terlalu tinggi untuk mencari jalan mengeratkan kembali hubungan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kami juga fikir tentang masa depan anak-anak. Mungkin ini (apa yang berlaku) juga boleh menjadikan kami ibu bapa yang lebih baik pada masa akan datang serta pasangan yang lebih matang dalam mengendali rumah tangga,” katanya Diana, 32, kepada Kosmo! Online.

Menjawab tentang persepsi buang masa dan bersusah payah naik turun mahkamah ketika sepanjang proses perceraian, bintang Imaginur itu berkata, proses tersebut harus mereka lalui demi menemukan sesuatu yang terbaik.

“Kalau orang tanya macam buang masa naik turun mahkamah, bagi saya, ini semua satu proses yang nak tak nak, kami harus lalui untuk dapatkan satu keputusan yang lebih baik,” luah Diana menyedari pandangan umum terhadap perubahan pendiriannya.

Getus Diana lagi, Tuhan lebih tahu apa yang terbaik buat dirinya dan Farid.

“Allah lebih tahulah apa yang terbaik buat saya, Farid dan anak-anak.

“Semoga kami berdua jadi pasangan yang memahami diri masing-masing dan sentiasa boleh jadi lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Semalam, Diana dan Farid mengesahkan bakal rujuk semula secepat mungkin dalam waktu terdekat selepas sah bercerai talak satu 10 Ogos lalu.

Terdahulu, selepas 11 tahun perkahwinan, Diana dan Farid bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor.

Perkahwinan mereka dikurniakan dengan dua cahaya mata, Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8. – KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Teruskan Membaca

Mamak News

0 KUALA LUMPUR – Panik melihat anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuat sekatan menyebabkan ada penunggang motosikal sanggup membahayakan diri dengan melawan arus bagi...

Mamak News

0 “Tidak Mencela, Memfitnah, Memaki Hamun Terhadap Sesiapa, Keindahan Pekerti Dan Akhlak Rasulullah SAW” – PM PUTRAJAYA —  Bersempena sambutan Maulidur Rasul, Perdana Menteri,...

Mamak News

0 IPOH – Sebanyak 10,568 notis dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kepada penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan sepanjang Op Khas Motosikal 2023 dilancarkan bermula 1...

Sukan

0 IPOH – Biarpun membuat penampilan sulung pada perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023, namun ia ternyata tidak mendatangkan masalah buat pelumba Caja...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications