Hi, what are you looking for?

#image_title

Hiburan

Buat apa nak sakitkkan otak?


SHAH ALAM – Penyanyi Jaclyn Victor enggan memberi tekanan kepada dirinya untuk mengejar kedudukan tertinggi pada setiap konsert mingguan All Stars Gegar Vaganza (GV10).

Jaclyn, 44, juga dia tidak mahu meletakkan sebarang harapan tinggi sebaliknya hanya memberikan yang terbaik dalam setiap persembahan walaupun dilanda dugaan seperti jangkitan virus pada peti suara baru-baru ini.

“Saya tidak mengejar kedudukan pertama, kedua atau sebagainya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Buat masa sekarang hanya mahu fokus sepenuhnya dan berikan nyanyian yang terbaik setiap minggu sahaja,” katanya kepada HibGlam selepas konsert minggu kesembilan GV10 di sini, semalam.

Dalam pada itu, pelantun lagu Gemilang itu juga menolak untuk membaca komen-komen yang ditulis netizen dalam media sosial bagi menjaga kesihatan mentalnya.

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kalau boleh tak mahu mengundang sebarang masalah pada diri sendiri dan sakit hati,” ujarnya.

Juara GV musim kesembilan itu juga berpendapat wujud segelintir netizen hari ini yang hilang sifat sopan apabila melemparkan komen dalam media sosial.

Dia juga menasihatkan orang ramai agar sentiasa berpada-pada apabila menulis komen yang adakalanya boleh menggores hati mana-mana pihak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Jadi, walaupun media sosial adalah platform utama, saya lihat ramai yang sudah mula lupa kesopanan. Asyik nak maki sahaja.

“Bukan nak menegur tetapi kena fikir juga sekiranya anak-anak mereka pula yang kena satu hari nanti. Apa yang berlaku sekarang mungkin akan berbalik pada diri sendiri satu hari nanti.

“Jadilah baik dan saling hormat-menghormati daripada asyik mengecam sahaja,” katanya lagi

Advertisement. Scroll to continue reading.

Semalam, Jaclyn diumumkan sebagai peserta yang meraih markah tertinggi sekaligus melayakkan dirinya melangkah ke peringkat suku akhir minggu depan. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Pendatang Dari Australia, Penyelidik Jelaskan Fakta Menarik P Akasia Selalu nampak p ini di tepi jalan tetapi tidak tahu nama, p yang tumbuh...

Mamak News

0 Petinju Muay Thai Malaysia Tumbangkan Lawan Dalam Tempoh 36 Saat BANGKOK, 10 Dis (Bernama) — Petinju muay thai negara Johan Ghazali mendominasi lawannya dalam...

Sukan

0 LONDON – Pelumba McLaren, Lando Norris mengharapkan perubahan besar berlaku ke atas jenteranya menjelang saingan musim depan bagi membolehkannya konsisten dalam setiap perlumbaan....

Hiburan

0 KUALA LUMPUR – Persembahan finalis All Stars Gegar Vaganza (GV10) iaitu Liza Hanim yang menyanyikan lagu My Heart Will Go On diibaratkan sebagai...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications