Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Lifestyle

Buat Kecoh Sampai Flight Kena Delay, Lelaki Sempat Rakam ‘Drama’ Ketika Dalam Penerbangan


Penerbangan terpaksa ditunda sehingga 1.5 jam.

Buat Kecoh Sampai Flight Kena Delay, Lelaki Sempat Rakam ‘Drama’ Ketika Dalam Penerbangan. Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok di mana seorang lelaki berkongsi pengalaman penerbangannya terpaksa ditunda oleh kerana ‘drama‘ yang dibuat oleh penumpang.

Dalam video yang dikongsikan berkenaan, @_aizatrahman sedang menaiki penerbangan dari KLIA2 menuju ke Phuket apabila tiba-tiba berlakunya kekecohan dalam penerbangan tersebut.

Buat Kecoh Sampai Flight Kena Delay, Lelaki Sempat Rakam 'Drama' Ketika Dalam Penerbangan
Buat Kecoh Sampai Flight Kena Delay, Lelaki Sempat Rakam ‘Drama’ Ketika Dalam Penerbangan. Gambar tangkap layar dari TikTok @_aizatrahman

Hanya kerana kehilangan headphone

Kejadian yang berlaku pada 26 Disember lalu itu bermula apabila salah seorang daripada dua individu dalam video tersebut kehilangan headphone miliknya, lalu kedua-dua mereka menjadi agresif sehingga menumbuk ruangan atas kabin.

Krew penerbangan yang berada di tempat kejadian kemudiannya memaklumkan perihal berikutkepada kapten lalu kapten mengarahkan agar kedua-dua individu tersebut untuk dihalau keluar dari pesawat. Krew penerbangan mengambil masa sehingga 1.5 jam untuk memujuk agar mereka keluar dari pesawat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Di ruangan komen pula, netizen rata-ratanya berpendapat bahawa krew penerbangan tersebut terlalu lembut dengan kedua-dua individu berkenaan.

Buat Kecoh Sampai Flight Kena Delay, Lelaki Sempat Rakam 'Drama' Ketika Dalam Penerbangan
Gambar tangkap layar dari TikTok @_aizatrahman

Atlet Mixed Martial Arts (MMA)

Namun pengguna TikTok itu memberi penjelasaan bahawa kedua-dua individu agresif tersebut merupakan atlet Mixed Martial Arts (MMA) dan oleh kerana itu para krew penerbangan terpaksa mengambil langkah berjaga-jaga.

Dalam video sambungan (Part 2) TikTok berkenaan, kelihatan seorang krew berjaya memujuk salah seorang individu untuk keluar tetapi apa yang menakutkan adalah apabila individu berkenaan sempat menunjukkan isyarat tangan di leher (bunuh) kepada penumpang yang menyuruhnya keluar.

Apapun, semoga kita semua boleh mengambil pengajaran daripada kejadian ini agar tidak mementingkan diri sendiri sehingga boleh menjejaskan ramai pihak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Lagi cerita menarik buat anda di sini:

Artikel asal oleh: iloveborneo.my

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Sukan

3s PENCABAR takhta Liga Hi Malaysia (MHL), Tenaga Nasional Berhad (TNB) terus menunjukkan aksi meyakinkan selepas membelasah wakil China, Pasukan Hi Liaoning 13-1 pada...

Sukan

3s LONDON – Juara Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) 2020, Joan Mir mengakui saingan kali ini merupakan tahun paling getir dalam kariernya selepas bermula dengan...

Sukan

3s SHAH ALAM – Skuad badminton lelaki negara meneruskan rentak cemerlang pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 apabila mudah membenam Kazakhstan 5-0 dalam...

Advertisement