Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Hiburan

Buat penghapus dosa. Allah uji sikit sahaja – Alif Satar


PETALING JAYA – Cedera ringan akibat kemalangan tidak menghalang penyanyi dan pelakon Alif Satar untuk meneruskan misi Geng Subuh Macam Jumaat bermula pada 1 Januari ini.

Pemilik nama Muhammad Alif Mohd Satar, 33, berkata insiden motosikal terbabas akibat cubaan mengelak kenderaan lain itu hanya sebagai ujian kecil.

“Dugaan kecil sahaja. Perjuangan belum selesai. Insya-Allah dengan rehat cukup masih boleh berjemaah Subuh bersama pada 1 Januari 2024,” katanya dalam perkongsian Instagram.

Menerusi hantaran sama, Alif menyatakan kesihatannya dalam keadaan baik selepas disahkan doktor tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malah bapa kepada tiga anak itu turut menzahirkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesejahteraan serta keselamatan dirinya.

“Sudah buat pemeriksaan doktor dan semuanya selamat, tiada patah.

“Masa jatuh kepala sakit dan pening, takut juga ada yang serius tetapi doktor beritahu tiada simptom pendarahan dalaman.

“Cuma badan sakit-sakit. Semoga buat penghapus dosa. Allah uji sikit sahaja. Terima kasih semua yang mendoakan kesejahteraan,” ujarnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Semalam pelakon Bukan Sekadar Lafaz itu dalam kemalangan ketika menunggang motosikal dalam perjalanan ke rumah ibu bapanya di Hartamas, Kuala Lumpur.

Kejadian sekitar pukul 4.30 petang itu terjadi apabila sebuah kereta memasuki lorongnya secara mengejut hingga menyebabkannya hilang kawalan dan terjatuh di bahu jalan.

Mengenai program Geng Subuh Macam Jumaat, itu adalah inisiatif Alif dalam menyemarakkan semangat ramai untuk menunaikan solat Subuh berjemaah di masjid.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Usaha yang digerakkan awal bulan ini meraih sambutan menggalakkan apabila program pertama di Masjid Saidina Umar Bukit Damansara menarik ramai jemaah, malah inisiatif itu turut mendapat perhatian sehingga ke Turkiye.

Sementara itu dalam hantaran sama, Alif yang juga pengacara memaklumkan akan mengadakan acara larian selepas solat berjemaah pada 1 Januari nanti. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement