Hi, what are you looking for?

Mamak News

Buaya Bantu Pasukan SAR Temukan Mayat Budak Lemas Tak Akan Dipindahkan


Buaya Bantu Pasukan SAR Temukan Mayat Budak Lemas Tak Akan Dipindahkan

Buaya yang membantu pasukan SAR dalam misi mencari kanak-kanak lemas tidak akan dipindahkan dari sungai Mahakam, Kutai, Indonesia, lapor Detik.com.

Menurut Badan Pemuliharaan Sumber Asli Kalimantan Timur (BKSDA), keputusan itu dibuat kerana sungai tersebut telah menjadi habitat kepada buaya muara berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Tidak ada pemindahan, kerana itu adalah habitat buaya tersebut. Sebelum kami tiba, mereka sudah berada di sana jadi agak sukar untuk memindahkan mereka semua,” jelas Ketua BKSDA Kalimantan Timur, Matheas Ari Wibawanto kepada Detik.

Tambah Ari lagi, Sungai Mahakam memang habitat asal reptilia tersebut. Terdapat ratusan ekor buaya dengan ukuran pelbagai saiz berada di dalam perairan berkenaan.

“Jumlahnya, antara puluhan malah mungkin sehingga ratusan, kerana muara itu adalah habitat dan tempat pembiakan mereka. Ia juga datang dalam pelbagai saiz,” katanya lagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tegas Ari, masyarakat setempat harus terus berwaspada ketika melakukan akiviti mereka di lokasi berkenaan khususnya di kawasan muara sungai tersebut. BKSDA juga telah mengadakan program khidmat masyarakat dan memberikan maklumat kepada penduduk setempat.

“Kami telah melakukan beberapa pendekatan kepada masyarakat. Mereka juga sebenarnya sudah sedia maklum perkara ini kerana apabila orang mula membina rumah di tebing sungai, buaya terlebih dahulu mendiami di kawasan itu,” jelas Ari berkenaan situasi yang dihadapi mereka.

Terdahulu, Siakap Keli pernah berkongsi berkenaan berita tersebut di mana jasad kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang merupakan mangsa lemas ketika bermain di Sungai Mahakam, Kutai, Kalimantan Timur berjaya ditemui selepas dua hari hilang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Penemuan mayat mangsa dilaporkan telah dibawa oleh seekor buaya muara kepada keluarganya yang berada di tebing sungai semasa proses pencarian.

Jenazah kanak-kanak itu segera dipindahkan ke rumah pengebumian. Ketika pemeriksaan dijalankan, keadaan mangsa masih lengkap dan tiada satu pun anggota badannya hilang.

Sumber: Detik.com

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Sukan

0 BINTANG Manchester City, Newcastle United dan Manchester United dijangka menjadi pilihan kebanyakan pengurus untuk cuba mengatur perancangan terbaik bagi Fantasi Liga Perdana Inggeris...

Mamak News

0 PUTRAJAYA – Jabatan Insolvensi Malaysia sedang merangka beberapa cadangan pindaan terhadap Akta Insolvensi 1967 (Akta 360) bagi menambah baik sistem pentadbiran kebankrapan termasuk...

Mamak News

0 Sering Kena Maki Dan Paksa Buat “OT”, Lelaki Nekad Tikam Bos Hingga Mati Seorang pengawal keselamatan didakwa menikam bosnya hingga mati kerana memaksanya...

Mamak News

0 JAKARTA: Perhimpunan Advat Indonesia (Peradi) bekerjasama dengan Majlis Peguam Malaysia dalam usaha memajukan peranan masing-masing di persada antarabangsa. Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications