Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Bubur Asyura Dari Sudut Syariah Islam – Adat Melayu, Bidaah Atau Syiah?


Setiap kali tibanya 10 Muharram, sudah menjadi tradisi umat Islam di Malaysia untuk sama-sama menyediakan bubur Asyura bersama Ahli Jawatankuasa masjid dan surau masing-masing untuk diagih-agihkan kepada penduduk setempat.

Berbeza dengan ajaran Syiah, terdapat pengikutnya di beberapa negara Asia Barat yang menyambut hari Asyura dengan memukul-mukul dan mencederakan badan mereka sendiri yang sudah tentunya terpesong dari syariah Islam yang sebenar.

Bagaimana pula dengan bubur Asyura? Apakah pandangan yang sebenar dari sudut Islam? Adakah ianya satu ibadah atau hanyalah amalan bidaah dan adat masyarakat Melayu di Malaysia semata-mata?

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ustaz Fauzi Thahir telah memberikan sedikit pencerahan mengenai isu bubur Asyura ini melalui hantaran di Facebooknya berikut:

| Kampungmamakcom Bubur Asyura

BUBUR ‘ASYURA (BA):

Antara ‘adat, syari’at dan Syi’ah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jika ada orang Syi’ah buat BA (kerana sesuatu peristiwa dalam agama mereka), maka itu adalah hal mereka.

Kita buat BA bukan kerana kita ikut mereka. Jikalau pun sama maka itu adalah kebetulan.

Halim Hasan berterusan mengatakan bahawa buat BA ikut agama Syi’ah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Berikut adalah secumit huraian kenapa kita buat BA:

1) Disebutkan dalam kitab Nihayatuz Zain (halaman 196 Syeikh Nawawi Al-Banteni), Kitab Nuzhatul Majalis (halaman 172 Syeikh Abdur Rahman Al-Ushfuri), Kitab Jam’ul Fawaid ( halaman 132 Syeikh Daud Al-Fathoni) bahawasanya ketika mana bahtera Nabi Nuh AS berlabuh di bukit Juudi pada hari ‘Asyura maka berkatalah baginda kepada umatnya:

“Himpunkan apa yang kamu miliki daripada makanan yang lebih, maka dibawalah satu genggam daripada kacang Baqila’ iaitu kacang ful dan satu genggam kacang Adas dan Ba’ruz dan tepung dan kacang Hinthoh sehingga menjadi tujuh jenis biji bijian yang dimasak”

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Maka berkata Nabi Nuh AS: Masaklah sekaliannya kerana kamu sudah mendapat kesenangan sekarang”.

Maka berdasarkan kisah inilah sebahagian kaum muslimin menjadikan makanan mereka itu daripada biji bijian yang dinamakan BA (bubur yang dimasak sempena hari kesepuluh dalam bulan Muharam). Dan itulah masakan yang pertama dimasak di atas permukaan bumi setelah berlakunya banjir besar dan taufan yang melanda bumi.

2) Syeikh Ibn Hajar Al Asqolani bersyair dengan katanya:

Advertisement. Scroll to continue reading.

في يوم عاشوراء سبع تهرس بر أرز ثم ماش عدس

وحمص ولوبيا والفول هذا هو الصحيح والمنقول

Maksudnya : Pada Hari ‘Ayuraa’ terdapat tujuh yang dimakan iaitu Gandum (tepung) Beras, kemudian Kacang Mash (kacang kuda) dan Kacang Adas (kacang dal).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dan Kacang Himmash (kacang putih) dan Kacang Lubia (sejenis kacang panjang) dan kacang Ful. Inilah kata-kata yang sohih dan manqul (yang diambil dari kata-kata ulamak).

3) Daripada apa yang dibahaskan di atas, maka dilihat bahawa sejarah BA ini diambil daripada peristiwa arahan dan perintah Nabi Nuh AS kepada umatnya ketika dahulu.

Oleh itu, adakah salah bagi kita mengambil apa yang dilaksanakan oleh umat terdahulu dan apa yang diarahkan oleh Nabi Nuh AS kepada umatnya untuk kita pula laksanakannya?

Advertisement. Scroll to continue reading.

4) Perkara ini bukanlah termasuk dalam hukum hakam yang ada nasakhnya dalam Syari’at Islam. Ianya hanya kisah dan peristiwa yang perlu diambil iktibar dan dihayati oleh umat manusia dan seterusnya beriman dan menghampirkan diri kepada Allah SWT dengan sebenar-benar taqwa.

5) Andai arahan tadi merupakan suatu perintah, maka kita mengatakan ia merupakan Syar’uu Man Qablana (شرع من قبلنا) iaitu perkara syari’at yang berlaku pada zaman dan umat terdahulu yang tidak dinasakhkan untuk menjadikan ‘iktibar dan panduan hidup berterusan umat akan datang.

Maka BA merupakan salah satu daripada perkara yang disebutkan sebagai Syar’uu Man Qablana (شرع من قبلنا) yang boleh kita amalkan dalam kehidupan kita dan ia tidaklah dianggap sebagai suatu bid’ah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

6) Tanggapan sebahagian orang yang mengatakan perkara ini bid’ah dan adat semata-mata adalah tidak benar. Adat juga boleh menjadi Ibadah andai perkara seperti memasak BA ini kita jadikan sebagai amalan untuk mengingati dan menghayati peristiwa yang berlaku di zaman Nabi Nuh AS. Kerana kelalaian dan lupa dengan tuntutan beragama, dan di sebabkan menuruti kehendak nafsu yang rakus, maka Allah tenggelamkan mereka sehingga tiada suatu pun yang tinggal dan disimpan untuk dimakan melainkan sedikit sahaja.

Kesimpulan:

Maka tidak salah kita adakan Majlis Memasak BA dengan penghayatan tersebut dan bertujuan untuk memberi makan kepada keluarga, faqir miskin yang sangat memerlukan dan menjamu orang yang berbuka puasa dan sebagainya. Ia akan dihitung sebagai ibadah yang mulia disisi Allah SWT.

Advertisement. Scroll to continue reading.

BACA: Pusat Kegiatan Syiah Dikatakan Semakin Bercambah Di Selangor

Sumber: Facebook Fauzi Thahir

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Hiburan

0 PETALING JAYA – Tidak merajuk, sebaliknya paduan suara penyanyi Izzue Islam bersama bekas kumpulannya, Forteen dalam single baharu berjudul Ntah Epilog Cinta bukti...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Gara-gara tidak berpuas hati dengan cara kerja dan komitmen pelakon Ruhainies, syarikat produk kecantikan dan kesihatan, Aurebella Beauty akan mengambil...

Hiburan

3s SUNGAI BULOH – Hampir empat dekad berjuang dalam arena muzik, penyanyi Datuk Hattan membuat kejutan apabila mengumumkan mahu bersara pada Jun depan. Kata...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Pelakon Izzue Islam gagal menahan sebak mengenangkan usaha keras isterinya, Awin Nurin yang menjadi tulang belakang kejayaan kariernya sebagai anak...

Advertisement