Best jugak dapat sarapan pagi dengan bubur berlauk
Bubur Berlauk Special Antara Menu Istimewa Sarapan Pagi Di Cafe 176 Jalan Satok. Setiap hari, mesti pening kepala nak fikir menu apa sesuai disantap untuk sarapan pagi kan? Apa kata kali ini anda cuba pulak sarapan pagi dengan bubur berlauk daripada Cafe 176 ini.
Terletak di Jalan Satok berhadapan dengan bangunan Sacofa, kedai ini menyediakan pelbagai menu sarapan pagi yang menarik buat warga Kuching dan sekitar.

Antara menu yang menjadi tumpuan di sini untuk sarapan pagi adalah bubur berlauk. Menariknya mengenai hidangan ini, bubur ini dihidangkan dengan beberapa menu sampingan antaranya telur masin, telur padi (century egg), ikan bilis goreng dan sambal belacan yang ‘menyengat’.
Menu lain pun ada tau!
Bagi penggemar hidangan mi pula, anda boleh menikmati menu mi kolok ataupun mi jawa di sini.

Nak lagi best, jangan lupa pesan mi jawa anda dengan gandingan sate yang dibuat ‘fresh’ di Cafe 176 setiap hari.
Hidangan roti canai pun ada di sini. Jangan lupa order bersama teh tarik kaw!
Pendek kata, port Cafe 176 ini sangat cun untuk sarapan pagi. Semua menu ada di sini.
Dari segi harga pula, kafe ini menyediakan menu dengan harga berpatutan.
Info lokasi Cafe 176
Untuk anda yang bercadang hendak datang ke sini, Cafe 176 ini terletak di Jalan Satok berhadapan dengan bangunan Sacofa dan Cendol Limbang sebagai landmark.
Kafe ini dibuka setiap hari isnin hingga sabtu dari jam 6:30 pagi hingga 2:30 petang sahaja.
Disarankan datang awal kerana hidangan bubur mereka dikatakan antara menu yang paling ‘laku keras’.
Lagi port sarapan pagi menarik di Kuching:
Artikel asal oleh: iloveborneo.my
RM13.01
