Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Budak 4 tahun lemas jatuh parit belakang rumah


GUA MUSANG – Seorang kanak-kanak lelaki ditemui lemas selepas terjatuh ke dalam parit di belakang rumahnya sebelum dihanyutkan arus deras di Felda Chiku 1 di sini, petang semalam

Mangsa, Muhammad Syahrul Darwish Mohd. Mazuan, 4, dijumpai kira-kira pukul 6.50 petang oleh penduduk kampung kira-kira empat kilometer dari lokasi dia terjatuh ke dalam parit tersebut.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang menerima laporan mengenai kehilangan mangsa pada pukul 6.15 petang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurutnya, usaha mengesan mangsa telah dijalankan oleh anggota polis Balai Polis Paloh dan penduduk kampung sebelum mangsa ditemui dalam keadaan terbaring di padang bola Felda Chiku 1 di sini.

“Pembantu Kesihatan Klinik Kesihatan Chiku mengesahkan mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian.

“Siasatan mendapati, jarak antara rumah mangsa dengan tempat kanak-kanak itu dijumpai dianggarkan sejauh empat kilometer,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Choon Foo memberitahu, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis sebelum dibawa ke Unit Forensik Hospital Gua Musang untuk proses bedah siasat.

Menurutnya, hasil bedah siasat mendapati punca kematian kanak-kanak itu disebabkan mangsa lemas di dalam parit tersebut dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Warga Emas Jadikan Rumah Tempat ‘Timbunan’ Sampah, Abai Keselesaan Jiran IPOH, 25 Sept (Bernama) — Sikap terlalu prihatin terhadap alam sekitar menyebabkan seorang warga...

Mamak News

0 NEW DELHI, India – Kenaikan tinggi harga bahan masakan utama seperti tomato dan bawang menyebabkan kebanyakan penduduk di India mengurangkan atau tidak menggunakan...

Mamak News

0 SINGAPURA: Singapura menaik taraf jet pejuang F-16 miliknya dengan keupayaan baharu dan maju untuk meningkatkan operasi, menurut Kementerian Pertahanan Singapura (MINDEF). F-16 yang...

Sukan

0 TOKYO – Pelumba utama Red Bull Racing, Max Verstappen mempamerkan dominasi penuh untuk kembali berada di landasan kemenangan selepas menjuarai Grand Prix (GP)...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications