Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Budak Menangis Dapat Luah Perasaan Tentang Ramadan Kepada Mufti Menk


Budak Menangis Dapat Luah Perasaan Tentang Ramadan Kepada Mufti Menk

Baru-baru ini tular sebuah rakaman klip yang memaparkan seorang budak lelaki menangis ketika mengajukan soalan kepada Mufti Menk, pendakwah terkenal dari Zimbabwe.

Kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun itu terlihat tenang ketika berdiri di hadapan mikrofon sebelum bertanyakan soalan kepada pendakwah tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menerusi perkongsian dari @thedeenboy2 di TikTok, kanak-kanak itu sudah mempersiapkan soalan dan juga jawapan untuk diberikan kepada Mufti Menk.

Biarpun telah melakukan sedikit persiapan, kanak-kanak lelaki itu kemudiannya tidak dapat menahan sebak apabila dia mula menceritakan perkara melibatkan bulan Ramadan.

Pada awalnya, Mufti Menk hanya berborak biasa bersama kanak-kanak itu sambil bertanya umurnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kanak-kanak lelaki tersebut berkata dia telah menunaikan umrah sebelum ini dan disebabkan itu dia mahu mengetahui pendapat Mufti Menk berkaitan jawapannya.

“Saya telah menunaikan umrah, saya ada soalan dan jawapan turut disertakan sekali,” kata kanak-kanak lelaki itu.

“Anda mempunyai soalan dan jawapan sekali, itu adalah bagus,” ujar Mufti Menk.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya cuma perlukan kamu (Mufti Menk) ubah suai sedikit,” tambahnya.

BACA: Jemaah Terhibur, Mufti Menk Sempat Bergurau Pasal MU Kalah 7-0 Ketika Kuliah

Kemudian, dia mula menceritakan apa yang berlaku pada bulan yang mulia ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam nada yang sedih, kanak-kanak itu berkata bulan puasa merupakan bulan yang mempunyai banyak pengorbanan.

“Ramadan adalah bulan yang mulia. Ramai orang meninggal dunia dalam bulan ini dan kadangkala berkemungkinan tidak berpeluang untuk jumpa Ramadan pada tahun seterusnya.

“Tetapi jangan takut kerana kita semua tahu ke mana selepas ini akan pergi,” ujarnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mufti Menk yang melihat keadaan itu turut mengucapkan perkataan In Shaa Allah dan berkata syurga Firdaus buat mereka.

“Semoga Allah mengurniakan kita semua Jannatul Firdaus dan semoga Allah membawa kita ke tempat lebih baik berbekalkan semua amal soleh yang kita ada.

“Saya berharap untuk menjadi ulama seperti anda (Mufti Menk) In shaa Allah,” doanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Lebih baik daripada saya, In Shaa Allah,” tambah Mufti Menk.

Dalam pada itu, dia turut berkata ramai yang memberi kehormatan tertinggi buat Mufti Menk dan mahu menjadi yang terbaik sepertinya.

Oleh hal yang demikian, kanak-kanak lelaki itu mendoakan supaya Allah membawa semua umat Islam ke jalan yang benar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya dapat cium Hajar Aswad…”
| KampungmamakcomKredit: @thedeenboy2/TikTok

Mufti Menk kemudiannya bertanya kepada kanak-kanak lelaki itu berkenaan dengan umrahnya.

Dalam nada gembira, dia menjawab dirinya berpeluang dapat mencium Hajar Aswad walaupun dalam keadaan bersesak-sesak dengan jemaah lain.

Rasa teruja mendengar berita itu, Mufti Menk meluahkan bahawa kanak-kanak lelaki tersebut sangat bertuah kerana tidak ramai yang mendapat peluang berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mufti Menk turut menceritakan bahawa dia tidak bernasib baik untuk mencium batu itu ketika berada di umrah pada minggu lepas.

“Kamu cium Hajar Aswad, sangat bertuah.

“Saya buat umrah minggu lepas, dan sepanjang minggu itu saya tidak berjaya untuk mencium Hajar Aswad.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Lihatlah nikmat yang Allah berikan kepada kamu. MashaAllah,” jelasnya.

Kanak-kanak lelaki tersebut turut menceritakan dia dapat mencium The Yemeni Corner ketika berada di hadapan Kaabah.

Dia menjelaskan bahawa pada dia sangat gembira dan meminta untuk Mufti Menk mendoakan neneknya yang telah meninggal dunia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Semoga Allah memberkati dan memberi kebahagiaan kepada anda di dunia dan akhirat serta berikan anda lebih daripada yang ada dapat bayang kepada anda dan keluarga.

“Semoga Allah kurniakan Jannatul Firdaus untuknya (nenek) dan semoga Allah permudahkan urusan seisi keluarga kamu,” kata Mufti Menk mengakhiri ucapannya.

@thedeenboy2

YOUNG BOY CRIES WHILE SPEAKING TO MUFTI MENK 😢 #reminder #foryou #muftimenk

Advertisement. Scroll to continue reading.

♬ original sound – The truth

Sumber: @thedeenboy2/TikTok

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Hiburan

3s PETALING JAYA – Madu kepada pempengaruh media sosial Marissa Dania Hakim iaitu Misya Mazlan tidak menolak rezeki sekiranya dikurniakan cahaya mata ketiga dengan...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Hanya air mata yang menjadi peneman buat pelakon dan pempengaruh, Norreen Iman saat pertama kali menjejakkan kaki ke Tanah Suci...

Hiburan

3s PETALING JAYA – “Jangan jadi anak derhaka dan kahwin senyap-senyap ya. Nanti satu sen hartaku tak akan dapat”. Demikian peringatan tegas penerbit popular,...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan berkongsi detik cemas apabila mengalami pendarahan hidung tanpa henti, baru-baru ini. Kata selebriti berusia 30...

Advertisement