Hi, what are you looking for?

#image_title

Hiburan

Bukan atlet tapi Michelle Yeoh calon AJK OIC


BUKAN sekadar industri hiburan, kredibiliti bintang Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh diperakui di arena sukan global apabila dicadangkan sebagai ahli Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) baharu yang bakal disahkan di Berlin, Jerman, kelmarin.

Penerima Oscar Pelakon Wanita Terbaik 2023 menerusi filem
Everything Everywhere All at Once itu adalah satu-satunya calon yang bukan terbabit dalam bidang sukan untuk pemilihan ahli bagi sesi ke-141.

Cadangan keahlian IOC Yeoh bersama tujuh lagi calon lain akan diumumkan pada majlis pengesahan yang dijadualkan berlangsung di Mumbai, India bermula 15 hingga 17 Oktober ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam kenyataan IOC, Presidennya, Thomas Bach berkata semua calon yang dicadangkan itu membawa nilai tambah kepada kerja IOC disebabkan pengalaman dan kepakaran dalam pelbagai bidang.

“Lembaga bersetuju untuk menamakan lapan calon, empat lelaki dan empat wanita untuk pemilihan anggota IOC bagi sesi ke-141.

“Persamaan mereka semua adalah kecintaan terhadap sukan dan kepercayaan kuat mereka terhadap nilai Olimpik dan pendirian IOC.

“Visi Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa adalah untuk membina dunia yang lebih baik melalui sukan,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nama Yeoh yang lebih dulu menyerlah di Hong Kong semakin kukuh di Hollywood apabila dipilih sebagai gadis Bond dalam filem Tomorrow Never Dies bergandingan dengan Pierce Brosnan pada 1997.

Antara filem lakonannya termasuk Crouching Tiger Hidden Dragon, Memoirs Of A Geisha serta genre komedi romantik, Crazy Rich Asians pada 2018.

Selain Yeoh, calon lain ialah pemenang pingat Olimpik pertama Israel, Yael Arad; ahli perniagaan dan pentadbir sukan Hungary, Balasz Furjes; pemenang pingat Olimpik dan ahli politik Peru, Cecilia Roxana Tait Villacorta dan usahawan sukan Jerman, Michael Mronz.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Lembaga Eksekutif IOC turut mencadangkan Presiden Persekutuan Pingpong Antarabangsa dari Sweden, Petra Soerling; ahli majlis Luncur Ais Antarabangsa, Kim Jae-youl, dan Presiden Jawatankuasa Olimpik Tunisia, Mehrez Boussayene.

Sementara itu, IOC kini mempunyai 99 ahli jemputan termasuk dalam kalangan keluarga diraja, bekas atlet, pemimpin politik serta penggiat industri lain.

Peranan utama ialah mengesahkan tuan rumah bagi Sukan Olimpik Musim Panas dan Musim Sejuk, daripada senarai negara yang dipilih terlebih dahulu oleh pentadbiran dan lembaga eksekutif IOC.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Wakil terakhir Malaysia dalam IOC ialah bekas Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Tunku Imran Tunku Ja’afar yang kini merupakan ahli kehormat badan berkenaan.


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Tindakan Murni Abang Kurier Tolong Lindungi Jemuran “Customer” Dari Hujan Dipuji Tindakan murni penghantar barangan dipuji selepas dia didapati membantu melindungi barangan pelanggan...

Sukan

0 BUKIT MERTAJAM – Pelumba Giant Cycling Team, Deng Penghai tetap meneruskan perjuangan pada perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 Peringkat 4 dari...

Mamak News

0 BATAM: Pulau Rempang di Kepulauan Riau tidak jadi dikosongkan untuk memberi laluan kepada projek mega yang menyaksikan kerjasama Indonesia dengan China menerusi pembinaan...

Mamak News

0 PUTRAJAYA – Ternakan di negara ini dilaporkan bebas daripada penyakit Nipah di mana jangkitannya boleh tersebar melalui sentuhan langsung dengan haiwan terjangkit selain...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications