Hi, what are you looking for?

Mamak News

Bukan Cubaan Diculik, Tapi Cerita Rekaan Sahaja


IPOH, 27 Sept (Bernama) — Dakwaan kononnya ada cubaan menculik seorang murid sekolah rendah di Taman Pinji Mewah dekat sini seperti yang tular di media sosial baru-baru ini adalah tidak berasas, dan hanya sebuah cerita yang direka-reka sahaja, kata Ketua Polis Perak Datuk Mohd Yusri Hassan Basri.

Katanya berdasarkan siasatan polis, murid berkenaan mengaku mengada-adakan cerita kepada ibunya, sebelum membuat laporan polis.

“Kita sudah siasat murid termasuk lima saksi yang terlibat dalam laporan, rakan sekelas, pengawal keselamatan serta pemandu van sekolah, (semuanya) tidak menjurus kepada situasi cubaan membawa lari atau menculik kanak-kanak, ia tak benar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Mungkin murid itu banyak terpengaruh dengan visual culik di luar negara melalui laman sosial, malah ada yang sedang viral, hingga dia mereka-reka cerita selain menyatakan ingin melihat apakah tindakan polis dalam isu berkenaan,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Kes cubaan culik ini tular menerusi Facebook selepas bapa kanak-kanak itu memuat naik satu hantaran mendakwa anaknya hampir diculik, namun berjaya menyelamatkan diri ketika berada di hadapan sekolah Sabtu lepas.

“Kita juga ingin memaklumkan bahawa dakwaan dan spekulasi mengenai van putih dalam kes terbabit sebagaimana yang ditularkan sebelum ini, adalah tidak benar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Polis telah sahkan kelibat van putih yang diperkatakan hanya kebetulan sahaja kerana kenderaan terbabit adalah bas pekerja, jadi apabila kes ini sedang hangat, maka ia telah disalah ertikan cubaan menculik,” katanya lagi.

Sehubungan itu katanya seluruh masyarakat diminta menghentikan perbuatan menyebar berita berkaitan perkara berkenaan sehingga menimbulkan ketakutan kerana ia merupakan satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan.

Sumber: BERNAMA

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Hiburan

3s KUALA PERLIS – Sebelum Perlis yang kini menjadi tumpuan dek suasana alam bertukar menjadi keperang-perangan akibat kemarau, pelakon Rita Nadira sebenarnya telah lama...

Sukan

3s JOHOR Darul Ta’zim (JDT) tampil menjelaskan pendirian yang kelab itu enggan dijadikan alat ‘tambah nilai’ kepada mana-mana pihak termasuklah pemain negara yang berpangkalan...

Hiburan

3s KUALA LUMPUR – Pengurus kepada pelakon Mimi Lana dan syafiq Kyle iaitu Iman Tang menolak dakwaan dua selebriti itu kembali bercinta, sebaliknya hubungan...

Hiburan

0 KUALA LUMPUR – Penyanyi Siti Nordiana menafikan dakwaan bakal mendirikan rumah tangga  susulan tular foto memaparkan dia memakai baju pengantin baru-baru ini. Bukan...

Advertisement