Hi, what are you looking for?

Hiburan

Bukan rimas, tapi utamakan karier – Syafiq Kyle


KUALA LUMPUR – “Sedikit kecewa tetapi tidak perlu lagi dipanjangkan, fokus tentang kerjaya.”

Itu respons pelakon popular, Syafiq Kyle memohon jasa baik semua pihak agar turut memberikan tumpuan soal kerjaya seninya berbanding kisah peribadi yang acap kali diberi perhatian.

Syafiq bagaimanapun langsung tidak pernah berasa rimas apatah lagi bosan setiap kali kisah peribadi, terutama soal jodoh yang sering dirisik, namun agak terkilan apabila topik tersebut yang ‘dijual’ berbanding hasil kerja yang dipersembahkan kepada umum.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya cuma nak jelaskan tentang kebimbangan saya. Saya bekerja dari Januari hingga September tanpa henti dan saya ada beberapa promosi drama.

“Setiap kali saya hadir untuk promosi, tidak ada satu pun yang memberikan fokus tentang drama saya.

“Di sini saya rasa sedikit kecewa tapi tak mengapa, saya rasa tidak perlu lagi untuk dipanjangkan,” katannya sedikit terkilan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kekecewaan tersebut difahamkan merujuk kepada kisah percintaan dan perancangan perkahwinannya dengan pelakon Mimi Lana lebih diberi perhatian. Pelakon yang sebelum ini terkenal menerusi drama bersiri Nur itu bagaimanapun tidak menyalahkan mana-mana pihak berhubung perkara tersebut.

“Saya tidak salahkan sesiapa cuma nak minta jasa baik semua pihak untuk memberikan lebih fokus juga terhadap promosi dan karya,” katanya ketika ditemui pada malam gala drama terbaharunya, One Cent Thief terbitan Astro malam tadi.

Bercerita mengenai One Cent Thief, Syafiq atau nama sebenarnya Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak membawakan watak sebagai Iman Shah, seorang pekerja bank yang berdepan tekan kewangan untuk membiayai kos rawatan dan melangsaikan hutang lapuk bapanya dengan ceti haram.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Berbekalkan kepintarannya, dia bertindak menggodam sistem keselamatan Bintang Bank, tempatnya bekerja untuk mencuri satu sen daripada setiap akaun pelanggan berdaftar.

Selain Syafiq, drama lapan episod tersebut arahan Ariff Zulkarnain tersebut turut dibintangi Azira Shafinaz, Faizal Hussein, Amerul Affendi, Sofia Jane, Aghonderan Sahadevan dan Fabian Loo.

One Cent Thief yang diinspirasikan daripada peristiwa sebenar dan pernah menggemparkan Malaysia sebelum ini bakal bersiaran bermula 8 Oktober menerusi saluran Astro Ria (104) merupakan drama premium diinspirasikan daripada – KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement