Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Bukan Saja-Saja Sebut, Ini Kisah & Maksud Laungan “Vel! Vel!” Ketika Perayaan Thaipusam


Bukan Saja-Saja Sebut, Ini Kisah & Maksud Laungan “Vel! Vel!” Ketika Perayaan Thaipusam

Perayaan Thaipusam yang disambut pada setiap tahun oleh penganut Hindu bakal tiba tidak lama lagi.

Kuil Sri Subramaniar Swamy yang terletak di Batu Caves sudah pasti akan menjadi lokasi tumpuan utama setiap kali meraikan Hari Thaipusam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk makluman, perayaan ini disambut bertujuan untuk menghormati dewa Hindu, Dewa Murugan yang juga dikenali sebagai Dewa Subramaniam.

Di Malaysia, perayaan ini bukan sahaja dianggap sebagai keagamaan tetapi menjadi tarikan utama pelancong untuk tidak melepaskan peluang melihat suasana sambutan perayaan ini diraikan.

| KampungmamakcomGambar: BERNAMA

Hari Thaipusam merupakan hari untuk menghapuskan dosa, menunaikan nazar dan memohon kemaafan di mana ramai penganut Hindu akan berpuasa untuk membersihkan jiwa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Setiap kali sambutan ini diraikan, laungan ‘Vel! Vel!’ akan dilaungkan mengikut rentak paluan genderang sambil mengusung kavadi.

Bagaimanapun, apa sebenarnya kisah di sebalik laungan ‘Vel! Vel!’ itu?

Kebiasaannya, Thaipusam diraikan pada kemuncak bulan kesepuluh kalendar Tamil iaitu bulan Thai, yang jatuhnya pada sekitar Januari dan Februari.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada hari tersebut, bulan penuh Thai akan berada pada kedudukan melintasi bintang terang yang dikenali sebagai Pusam, maka dari situ asalnya nama Thaipusam diberikan.

| KampungmamakcomGambar: Facebook

Menurut laporan Astro Awani, para penganut Hindu Tamil akan menunaikan nazar serta membersihkan jiwa daripada dosa dengan berpuasa selama 48 hari.

Setelah itu, ada yang membawa susu dan mencukur rambut, yang menjadi identiti terbesar perayaan Thaipusam ini adalah individu membawa kavadi dengan mencucuk anggota badan dengan besi dan cangkuk berbeban.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut satu tradisi, sambutan Thaipusam ini dikatakan terjadi apabila berlaku satu pertembungan antara satu ‘Asura’ (makhluk jahat) iaitu Surapadma dengan para dewa.

Para dewa merayu kepada Dewa Shiva untuk mengurniakan mereka pemimpin yang dapat mengalahkan Surapadma kerana tidak tahan dengan kebuasan Surapadma.

Dengan adanya kuasa Achintya Shakti, satu pahlawan unggul iaitu Dewa Peperangan bernama Murugan telah diciptakan. Ia turut dkenali dengan nama Subramanian, Skanda, Kumara dan Kartikeya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

| KampungmamakcomGambar: BERNAMA

Selepas itu, isteri Dewa Shiva, Parvati mengurniakan kepada anaknya, Murugan, senjata suci berupa lembing dipanggil ‘Vel’ yang akhirnya berjaya menyatukan kuasa alam semesta dan mengalahkan Surapadma bersama konco-konconya.

Berdasarkan purana (kisah purba) itu juga, Surapadma memohon keampunan ketika hampir mati ditangan Murugan. Permintaannya itu diterima, maka jadilah Surapadma sebagai vahana (tunggangan para dewa) yang berbentuk seekor merak.

Oleh sebab itu, sempena memperingati kejayaan menghapuskan ‘kegelapan’ menggunakan senjata sakti itu, ‘Vel Vel’ akan dilaungkan setiap kali sambutan Thaipusam mengikut rentak paluan genderang yang begitu mengasyikkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain daripada laungan ‘Vel! Vel!’, perkataan ‘Verti Vel’ yang bermaksud ‘lembing kemenangan’ juga turut diucapkan.

Sumber: Astro Awani

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Hiburan

3s PETALING JAYA – “Lawan tetap lawan.” Demikian luahan wanita bernama Nazatul Nazira yang berdepan saman daripada pelakon, Puteri Sarah membabitkan tuntutan berjumlah RM1...

Hiburan

3s KALAU sudah namanya Roy Azman, pasti ada sahaja yang keluar daripada mulutnya akan menggelikan hati ramai. Terkenal dengan sifat suka mengusik, Roy baru-baru...

Sukan

3s JOHOR Darul Ta’zim (JDT) tampil menjelaskan pendirian yang kelab itu enggan dijadikan alat ‘tambah nilai’ kepada mana-mana pihak termasuklah pemain negara yang berpangkalan...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Anak gadis Norman Hakim dan Abby Abadi, Marissa Dania Hakim yang didakwa menikahi suami orang di Songkhla, Thailand bertindak menutup...

Advertisement