Hi, what are you looking for?

Hiburan

Bukan serangan peribadi, garang tapi ikhlas – Mas Idayu


PETALING JAYA – Dikecam keterlaluan sehingga membunuh semangat penyanyi Sissy Iman, juri profesional program Famili Duo, Mas Idayu bertegas, setiap kritikan yang keluar daripada mulutnya bukanlah bersifat serangan peribadi, sebaliknya satu teguran ikhlas.

Penyanyi berusia 51 tahun itu berkata, dengan pengalaman lebih 16 tahun sebagai juri dalam bermacam program nyanyian dalam dan luar negara, dia tidak perlu mendengar arahan netizen atau memperbetulkam pendekatan penjuriannya dalam menilai setiap peserta.

“Adakah saya mahu buat mereka gagal atau beri ilmu? Kita pun jangan buat tanggapan Sissy menangis disebabkan tidak boleh terima kenyataan atau kerana dia kesalkan persembahan sendiri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kenapa saya garang? Saya mahu peserta ambil perhatian untuk tingkatkan persembahan.

“Itu bukan serangan. Saya ikhlas, cuba fikir di situ. Saya juga jadi diri sendiri dan tidak perlukan pandangan orang lain. Setakat ini produksi Famili Duo dan TV3 tiada komen dari segi cara mahu pun penjurian saya,” katanya kepada Kosmo! Online.

Bekas juri pertandingan nyanyian Indonesia, D’Academy Asia turut menyelar golongan yang hanya pandai mengkritik, namun sebenarnya tidak faham apa yang diperkatakan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kalau ada yang tak suka dengan saya bukan sekarang sebenarnya, sepatutnya 16,17 tahun lalu. Saya terima amanah ini sebab produksi terima cara saya.

“Pihak TV3 pun sudah lama bekerjasama dengan saya. Takkan saya kena tukar sebab mahu ikut cakap netizen?,” luahnya.

Pada masa sama, Mas Idayu, 51, secara sinis meminta golongan yang beremosi melontarkan pandangan supaya mengambil alih tempatnya berbanding cuma tahu bercakap.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Sebenarnya saya kena dengar cakap siapa? Ini kerja saya dan saya tak pernah kacau kerja orang. Kalau kau rasa nak duduk di posisi saya, beritahu saja TV3 untuk gugurkan saya dan masukkan mereka yang haus tumpuan itu,” katanya.

Sebagai nasihat tambahan untuk Sissy, katanya adalah menjadi satu kerugian seandainya penyanyi muda itu tunduk kepada emosi.

“Jika dia (Sissy) mampu meneruskan langkah di pentas tersebut, dia sememangnya seorang penyanyi yang dahsyat,” ulasnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, Sissy yang berpasangan dengan sepupunya, penyanyi Naim Daniel tidak dapat menahan kecewa sehingga mengalirkan air mata akibat kritikan pedas Mas Idayu untuk persembahan lagu Jampi versi keroncong.

Tidak hanya menangis dalam siaran langsung, emosi patah semangat penyanyi berusia 28 tahun itu berlanjutan apabila berhasrat membatalkan majlis pelancaran album baharunya yang dirancang pada 2 Februari nanti,

Insiden tangisan Issy dan komen ‘membunuh’ juri yang mesra disapa ‘mummy’ itu mencetuskan perdebatan hangat tidak hanya dalam kalangan netizen, bahkan pandangan sinikal golongan artis.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain digelar tidak profesional, penerbit eksekutif program berkenaan, Muhammad Sufian Che Isa juga suami Mas Idayu juga dianggap punca segala permasalahan,

Hos juga pelakon popular, Datuk AC Mizal juga secara terang-terangan mencadangkan pihak berkaitan agar menerbitkan program khas untuk memaki orang jika perlakuan menjatuhkan maruah demi rating terus dijadikan amalan dalam stesen televsyen. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 JAKARTA: Perhimpunan Advat Indonesia (Peradi) bekerjasama dengan Majlis Peguam Malaysia dalam usaha memajukan peranan masing-masing di persada antarabangsa. Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi...

Hiburan

0 KAJANG – Penyanyi Sissy Imann mengakui menyesal terlampau mengikut emosi sehingga mengambil keputusan menjual album sulung hanya pada harga RM20, sedangkan kos pembikinan...

Mamak News

0 KANGAR – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang cedera pada bahagian kepala selepas diserang seorang lelaki dipercayai bermasalah mental di Masjid Alwi,...

Sukan

0 PETALING JAYA – Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) melaungkan amaran selepas berjaya menewaskan pasukan gergasi Rusia, Lomotiv Moscow 1-0 pada aksi persahabatan sempena...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications