Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Bukit Aman sahkan rakam percakapan Siti Mastura


KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan pihaknya mengambil keterangan daripada Ahli Parlimen Kepala Batas, Dr. Siti Mastura Muhammad, hari ini.

Tindakan tersebut diambil bagi membantu siasatan ucapan yang mengandungi kenyataan berbaur fitnah terhadap pucuk pimpinan parti DAP.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, rakaman keterangan tersebut diambil selaras dengan Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Siasatan dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan hari ini.

“Kes masih di peringkat siasatan dan orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi serta berkongsi maklumat yang salah sehingga boleh menganggu proses siasatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Orang ramai diingatkan supaya menjadi pengguna media sosial yang bijak dan tidak menggunakan kemudahan aplikasi bagi maksud yang menyalahi undang-undang,” katanya.

Terdahulu, tular rakaman video di sebuah majlis di Kemaman, Terengganu berdurasi 46 minit 51 saat itu apabila Siti Mastura mendakwa Kit Siang yang juga bapa Guan Eng, adalah sepupu kepada ketua Parti Komunis Malaya, Chin Peng.

Selain itu, Siti Mastura turut mendakwa bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew adalah sepupu Kit Siang selain mengaitkan isteri Guan Eng dengan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau turut mendakwa pemimpin DAP termasuk Setiausaha Agung DAP dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, Naib Pengerusi Kebangsaan DAP dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Ahli Parlimen Bruas, Ngeh Koo Ham dan Teresa mempunyai hubungan kekeluargaan.

Guan Eng dalam satu kenyataan berkata, pihaknya melalui peguamnya sudah memulakan tindakan undang-undang terhadap Ahli Parlimen daripada Pas itu selepas tempoh 48 jam yang diberikan tamat. – KOSMO! ONLINE.


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Hiburan

0 PETALING JAYA – “Selepas jadi bapa, rasa muda semula (ketawa). Demikian respons rawak hero Malaya, Remy Ishak apabila disuakan pertanyaan bagaimana perasaan selepas...

Lifestyle

0 Usaha Bersama BNM-PDRM Tangani Perniagaan Wang Haram di Sarawak BNM Dan PDRM Serbu Lapan Premis Perniagaan Perkhidmatan Wang Tanpa Lesen Di Sarawak. Bank...

Sukan

0 MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berharap ‘perang’ yang tercetus antara Pesuruhjaya Sukan, Suhardi Alias dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) tidak berterusan sepanjang...

Mamak News

0 SEMARANG: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun tular dalam media sosial kerana kepetahannya bertutur dalam bahasa Inggeris dengan loghat British. Kinara Arnintya Pratista,...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications