Hi, what are you looking for?

Mamak News

Bumi berputar semakin laju punca hari paling singkat


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

MOSCOW – Saintis-saintis menyatakan bahawa perubahan iklim, aktiviti seismik dan fenomena dikenali sebagai Chandler Wobble menjadi punca rekod hari paling singkat pada 29 Jun lalu, lapor portal berita MailOnline semalam.

Pada hari kejadian, Bumi melengkapkan putaran penuh dalam masa 1.59 milisaat kurang daripada masa standard 24 jam.

Fenomena itu turut didakwa berpunca daripada perubahan putaran Bumi pada paksinya yang mengalami gerakan goyah dipanggil ‘Chandler Wobble’. Ia berfungsi sama seperti putaran gasing yang bergoyang apabila mula perlahan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, putaran Bumi menjadi semakin laju yang mengakibatkan hari yang lebih singkat.

Pemanasan global yang mencarikan ais dan salji pada kadar lebih pantas juga didakwa memberi kesan kepada kejadian tersebut.

Kajian menunjukkan apabila glasier mencair akibat peningkatan suhu atmosfera dan pembakaran bahan api fosil, pengagihan semula jisim menjadikan Bumi beralih dan berputar lebih pantas pada paksinya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ini membawa kepada pencairan ratusan bilion tan ais setahun ke dalam lautan yang menyebabkan Kutub Utara dan Kutub Selatan bergerak ke arah timur sejak pertengahan 1990-an.

Gempa bumi dan aktiviti seismik lain juga boleh memberi kesan kepada kelajuan putaran Bumi. Fenomena itu boleh menggerakkan jisim ke arah pusat Bumi.

Sebagai contoh, gempa bumi pada 2004 yang mengakibatkan tsunami di Lautan Hindi telah mengalihkan batuan yang cukup untuk memendekkan waktu pada hari kejadian sebanyak hampir tiga mikrosaat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Peredaran lautan dan tekanan di dasar laut turut menarik paksi Bumi. Pada November 2009, peristiwa di Lautan Selatan menjadikan Bumi berputar lebih laju dan memendekkan separuh daripada hari dalam bulan itu sebanyak 0.1 milisaat.

Sesetengah pakar percaya bahawa sesuatu mungkin berlaku pada teras dan mantel Bumi.

“Kami tidak pasti kerana Bumi adalah sistem yang sangat kompleks tetapi saya percaya ia menyebabkan Chandler Wobble terjejas dan tempoh hari berkurangan secara serentak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Tiada siapa menjangkakan bahawa Bumi akan mula berputar dengan lebih pantas,” kata Dr. Leonid Zotov dari Institut Astronomi Sternberg, Moscow. – Agensi


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. BAITULMUQADDIS: Sekurang-kurangnya lapan penumpang bas mengalami  kecederaan selepas lelaki bersenjata melepaskan tembakan di lasi berasingan di sini, lapor...

Hiburan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – “Perhatikan siapa imam tu? Bagi menjawab segala persoalan netizen”. Itu antara komen yang ditinggalkan pengikut...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KUALA NERANG – Bekas banduan yang pernah dipenjara selama 30 tahun, Jamil Ahmad, 71, ditemui meninggal dunia di...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. IPOH – Kawasan batu granit porfiritik di Gunung Bujang Melaka, Kampar yang gambarnya tular dalam media sosial baru-baru...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications