Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Lifestyle

Bunga Betik Jadi Menu Harian, Media Antarabangsa Papar Kehidupan Keluarga Setinggan Di Bintulu


CNA Insider untuk memaparkan kisah kehidupan keluarga setinggan di Bintulu.

Bunga Betik Jadi Menu Harian, Media Antarabangsa Papar Kehidupan Keluarga Setinggan Di Bintulu. Baru-baru ini, CNA Insider telah memuat naik sebuah video dokumentari di Youtube mereka memaparkan kehidupan beberapa keluarga setinggan di Bintulu, Sarawak.

Dalam episod dokumentari CNA Insider berjudul ‘Slumfood Milionaire‘ kali ini, mereka telah memaparkan kisah bagaimana keluarga-keluarga setinggan yang menetap di Bintulu ini menyediakan makanan untuk diri serta keluarga mereka.

| Kampungmamakcom Bunga Betik Jadi Menu Harian Media Antarabangsa Papar Kehidupan Keluarga Setinggan Di Bintulu
Bunga Betik Jadi Menu Harian Media Antarabangsa Papar Kehidupan Keluarga Setinggan Di Bintulu Kredit foto CNA Insider
| Kampungmamakcom Bunga Betik Jadi Menu Harian Media Antarabangsa Papar Kehidupan Keluarga Setinggan Di Bintulu
Tanjung Kidurong Kredit foto CNA Insider

Kisah keluarga pertama yang menetap di Tanjung Kidurong

Memaparkan kisah bagaimana 2 penempatan setinggan di Bintulu ini menyediakan makanan mereka, keluarga pertama yang menetap berhampiran tapak pelupusan sampah di Tanjung Kidurong ini berkongsi menu makanan mereka iaitu bunga betik yang ditumis bersama belacan.

Penempatan setinggan di Tanjung Kidurong ini merupakan penempatan sementara bagi golongan yang tidak berkemampuan untuk menyewa atau membina rumah pada tanah sendiri.

Advertisement. Scroll to continue reading.
| Kampungmamakcom Bunga Betik Jadi Menu Harian Media Antarabangsa Papar Kehidupan Keluarga Setinggan Di Bintulu
Kredit foto CNA Insider

Bunga Betik yang dijadikan menu makanan keluarga pertama ini diperoleh dari tanaman yang tumbuh dikawasan tanah kosong berdekatan dengan rumah mereka. Tanah kosong tersebut juga dijadikan kebun mini mereka untuk menanam tumbuh-tumbuhan yang boleh dijadikan makanan.

| Kampungmamakcom Bunga Betik Jadi Menu Harian Media Antarabangsa Papar Kehidupan Keluarga Setinggan Di Bintulu
Kampung Muzako Kredit foto CNA Insider

Kisah keluarga kedua yang menetap di rumah panjang Kampung Muzako

Perkongsian kedua ini pula memaparkan kisah penempatan keluarga di rumah panjang setinggan di Bintulu. Di sinilah penempatan 160 rumah, masyarakat Iban di Kampung Muzako.

Untuk keluarga kedua ini, mereka mendapatkan makanan dari kawasan di sekeliling mereka. Tanaman serta tumbuhan dari hutan bagaikan ‘supermarket‘ bagi masyarakat yang tinggal di sini.

| Kampungmamakcom Bunga Betik Jadi Menu Harian Media Antarabangsa Papar Kehidupan Keluarga Setinggan Di Bintulu
Kredit foto CNA Insider

Sumber makanan penduduk di Kampung Muzako ini adalah hasil dari tangkapan mereka sendiri. Ikan yang diperoleh mereka adalah ditangkap dari sungai berhampiran.

Dengan adanya hasil tangkapan seperti ikan ini, mereka menjadikannya menu Pekasam Ikan. Sebab mengapa ia dijadikan pekasam ikan adalah agar ikan tersebut tidak cepat rosak kerana penduduk di sini tidak mempunyai bekalan elektrik serta tidak mempunyai peti ais.

| Kampungmamakcom Bunga Betik Jadi Menu Harian Media Antarabangsa Papar Kehidupan Keluarga Setinggan Di Bintulu
Kredit foto CNA Insider

Selain dari Pekasam Ikan, keluarga di Kampung Muzako ini berkongsi resepi makanan mereka yang kedua iaitu Ayam Pansuh. Menggunakan ayam yang dipelihara serta bahan-bahan yang telah ditanam dan di ambil dari hutan, Pansuh Ayam jadi menu santapan keluarga di kampung ini.

Kisah di mana penduduk tempatan yang tinggal di kawasan setinggan di Bintulu ini telah membuka mata orang ramai. Dengan menggunakan bahan-bahan yang ada disekeliling mereka, keluarga-keluarga ini boleh menyara hidup mereka dengan serba sederhana.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Lagi cerita menarik untuk anda di sini:

Artikel asal oleh: iloveborneo.my

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Hiburan

3s PETALING JAYA – Usahawan terkenal Datuk Seri Vida tidak dapat menahan rasa marah dan geram memikirkan perilaku anak pelakon Norman Hakim dan Abby...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Anak gadis Norman Hakim dan Abby Abadi, Marissa Dania Hakim yang didakwa menikahi suami orang di Songkhla, Thailand bertindak menutup...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Tidak lagi aktif dalam aliran muzik perdana membuatkan penampilan aktivis kemanusiaan, Mizz Nina dalam video muzik (MV) baharu suaminya, Essam...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Penyanyi Amylea Azizan menggesa seorang ejen insurans yang menggunakan kisah penyakit ayahnya sebagai modal promosi agar membuat permohonan maaf terbuka...

Advertisement