Hi, what are you looking for?

Hiburan

Bunga disayangi ramai, Elisya boleh ‘tinggalkan’ demi kerja


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

PETALING JAYA – Mengambil pendekatan berbeza daripada ibu lain, pelakon Elisya Sandha sanggup meninggalkan bayi sulungnya yang baru berusia tiga bulan demi kerjaya lakonan.

Kata Elisya, dia tidak perlu menunggu lama untuk kembali berlakon memandangkan ramai ahli keluarga sedia membantu menjaga anaknya.

“Selepas tiga bulan melahirkan anak dan melalui proses berpantang saya sudah kembali bekerja.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya bersyukur ada keluarga yang sangat menyokong, terutama ibu mentua yang sanggup menjaga Bunga.

“Dalam waktu sama, saya juga ada pembantu yang menolong mama (ibu mentua) di rumah. Setakat ini, saya tiada masalah untuk kembali bekerja sebab saya memang tak suka duduk diam di rumah, saya lebih suka bekerja.

“Cuma kalau ada tawaran kerja di luar kawasan saya terpaksa tolak sebab Bunga masih menyusu badan dan masih belum tiba masanya untuk berpisah jauh,” katanya yang kini sudah pun memasuki set penggambaran bagi sebuah drama bersama kakaknya, Fasha Sandha.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada masa sama, pelakon drama Nasi Kerabu Untuk Che Abe itu bersyukur apabila puteri tercintanya itu disayangi seluruh ahli keluarga, terutama ibu mentuanya yang juga pelakon dan penerbit terkenal, Sheila Rusly.

Bunga yang kini berusia tiga bulan dijaga dengan sepenuh kasih sayang pasangan ibu dan bapa mentuanya semasa dia keluar bekerja.

“Bunga dan mama (Sheila) sangat rapat sampaikan mama tak nak pergi set penggambaran sebab nak jaga Bunga di rumah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Bunga pun tak banyak meragam atau menangis apabila saya keluar bekerja. Bunga pun kenal ibunya,” ujarnya ketika ditemui pada majlis pratonton filem terbaharu lakonannya, Rasuk arahan pengarah popular, James Lee kelmarin.

Terdahulu, Elisya, 23, berkahwin dengan anak sulung Sheila iaitu Uzair Haqimy Azman pada 21 Ogos tahun lalu.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan diberi nama Bunga Elhaq pada 18 Jun lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Rasuk yang diterbitkan Multimedia Entertainment, Golden Screen Cinemas, Astro dan SixFun Media turut menampilkan barisan pelakon terkenal lain seperti Aliff Satar, Alicia Amin, Ayie Floor88, Atiq Azman, Abbas Mahmood dan Syazwan Razak.

Rasuk bakal menghantui pawagam di seluruh negara bermula 29 September ini. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. GEORGE TOWN – Polis menahan empat individu termasuk sepasang kekasih yang dipercayai anggota sindiket pengedaran dadah dalam beberapa...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. MALANG: Seorang penyong yang terselamat menceritakan alasan sebenar mereka turun ke padang selepas perlawanan bola sepak antara Arema...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Mungkin ramai yang masih belum tahu, seperti juga kaum wanita, sebenarnya kaum lelaki yang berusia juga boleh mengalami...

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. SEKALIPUN kurang mendapat songan daripada pihak swasta, Kuala Lumpur City membuktikan kejayaannya mara ke final antara zon Piala...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications