Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Bunuh diri sebab benci kehidupan sendiri


SETIAP insan yang masih ber­nyawa di atas muka bumi ini akan pasti akan berdepan situa­si sukar saat meniti perjalanan hidup yang berbaki sebelum diri dijemput Sang Pencipta.

Ujian kehidupan ini adalah tanda Allah SWT menegur dan sayang kepada kita agar kita mencari jalan yang diredai-Nya.

Sebagai rujukan naratif di atas, pada 11 November lalu, kita dikejutkan dengan insiden pilu apabila pelakon dan selebriti media sosial, Syazlin Zainal, 26, maut selepas terjatuh dari tingkat 22 di sebuah pangsapuri di Taman Iskandar, Johor Bahru, Johor.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siasatan awal polis mendapati, kejadian itu tiada unsur jenayah dan disyaki pelakon drama Oh My Hantaran itu meng­akhiri riwayat hidupnya dengan cara yang menyayat hati.

Pelbagai spekulasi dibicarakan masyarakat khususnya pelayar media sosial termasuk mendakwa gadis itu bertindak demikian kerana manghadapi tekanan hidup.

Timbalan Pengarah Pusat Islam, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Mohd. Nasir Masroom berkata, peranan ujian dalam kehidupan adalah untuk menilai tahap kesabaran, kesyu­kuran, ketabahan, keyakinan, kepercayaan dan keimanan kita kepada kekuasaan dan kasih sa­yang Allah SWT.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam hal ini, Allah SWT berfirman: “Patutkah manusia me­nyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?” (Surah al-Angkabut, 29: 2).

“Dalam ayat di atas, Allah SWT menyatakan bahawa ujian yang diberikan kepada hamba-Nya adalah semata-mata untuk menilai sejauh manakah keyakinan dan keimanan mereka kepada Allah SWT,” katanya kepada Kos­mo!.

Mengulas lanjut, Mohd. Nasir berkata, ujian juga diberikan kepada manusia untuk mereka menilai keihklasan mereka dalam beriman kepada Allah SWT dan untuk mereka membuat pe­ni­laian kendiri (muhasabah) ber­kaitan dengan kualiti amal ibadah yang mereka lakukan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Justeru, dapat dikatakan bahawa ujian adalah tempat kita membuat penilaian dan melihat ruang untuk memperbaiki kualiti diri.

Dari satu sudut, perasaan ingin meragut nyawa sendiri sebenar­nya adalah manifestasi daripada rasa penat, lelah, kecewa, marah dan benci dengan kehidupan yang sedang dilalui.

Sementara itu, Pakar Psikologi dan Kaunseling, Universiti Pendi­dikan Sultan Idris (UPSI), Dr. Fauziah Mohd. Saad berkata, terdapat tiga tahap tekanan dari segi pandangan psikologi dan kaunseling.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Pertama adalah peringkat normal yang mana orang biasa melakukan saringan atau berjumpa dengan pakar-pakar untuk menilai kesihatan mental mereka.

“Kedua pula adalah neurosis iaitu penyakit mental yang agak ringan yang melibatkan gejala tekanan seperti kemurungan, kebimbangan, tingkah laku obsesif, hipokondria tetapi bukan kehi­langan sentuhan yang radikal dengan realiti,” jelasnya.

Tahap ketiga pula adalah psychosis, tahap yang mana penghidap masalah mental berha­lusinasi memikirkan diri mereka hilang dengan hubu­ngan realiti kehidupan sebenar sehingga bertindak di luar batas termasuk mence­derakan diri sendiri selain membunuh diri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ujarnya, peranan ahli keluar­ga terdekat serta sahabat handai adalah tonik terbaik dalam menyerap tekanan yang dihadapi dengan berkongsi cerita dan masalah yang dihadapi.

Katanya, jika sukar untuk meluahkan perasaan kepada orang sekeliling atau terdekat, mereka boleh menerusi rakan dalam media sosial yang boleh dipercayai.

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

 

 


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement