Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Buruh Bangladesh Pun Mampu Kumpul RM5K Sebulan, Rakyat Tempatan Sebenarnya Pemalas?


Beberapa hari yang lalu, tular video di media sosial yang mengisahkan tentang kecekalan seorang lelaki warga Bangladesh yang didakwa berjaya mengumpul baki gajinya lebih RM5,000 sebulan untuk dihantar ke kampung halamannya.

Apa yang menarik perhatian ialah selama hampir 19 tahun bekerja di Malaysia, menurut lelaki tersebut dia telah berjaya mengumpul wang sebanyak RM800,000!

Menurutnya lagi, hanya RM300 diperuntukkan untuk perbelanjaan harian secara berjimat-cermat manakala penginapannya ditanggung sepenuhnya oleh majikan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Lebih memeranjatkan, dia turut dilihat hanya menjamah nasi putih berlaukkan garam, cili serta bawang merah dan hanya mengalas perut dengan memakan timun pada waktu malam.

Ramai warganet turut berkongsi pandangan mereka di media sosial mengenai perkara ini. Salah seorang darinya, Su Han Wen Shu berpendapat adalah tidak wajar untuk membandingkan situasi seorang warga asing seperti itu dengan rakyat tempatan.

Kenapa agaknya dia berpandangan sedemikian? Jom baca hantaran yang dibuat di Facebooknya berikut:

Advertisement. Scroll to continue reading.

| Kampungmamakcom Bangladesh

Aku pernah jadi HR satu syarikat logistik yang agak terkenal pada tahun 2016.

Memang ada pekerja buruh Bangladesh dapat gaji RM 4K ~ RM 5K sebulan.

20 jam sehari kerja di dalam cold room, ada yang bekerja di dalam gudang; tempat tinggal syarikat sediakan, makan RM200 sebulan, potong dari gaji. Mereka dapat gaji RM4K ~ RM5K sebulan sebab pulun OT setiap hari.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tapi sebenarnya tidak adil bandingkan dengan rakyat Malaysia.

Pekerja sana tinggalkan anak dan isteri kepada sanak-saudara mereka di kampung; mudah kata, semua hal kebajikan, pendidikan, makan minum anak dan isteri mereka diuruskan oleh sanak saudara dan ahli keluarga terdekat mereka juga. Tugas pekerja di Malaysia hanya hantar pulang wang kepada sanak saudara mereka setiap bulan untuk pastikan agar kebajikan ahli keluarga mereka terus terjaga. Sistem kekeluargaan mereka sangat kuat dan rapat.

Bolehkah dibandingkan dengan kehidupan kita?

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kita bangun pagi mandikan anak dulu, pakaikan baju, kemudian kita pula mandi dan bersiap untuk pergi kerja. Selepas itu hantar anak pergi taska, yuran taska pun bukan murah.

Selepas itu kena hadap kesesakan lalu lintas pergi kerja, tol, minyak kereta dan penyelenggaraan (tahunan) kereta itu semua tanggungan yang agak besar setiap bulan.

Balik kerja, ambil anak, kemudian balik rumah mandikan anak dan masak dan sediakan makanan anak. Barang dapur, susu tepung anak, itu semua kos perbelanjaan lagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kalau anak dah besar, kena seterika baju anak, beli baju sekolah dan pelbagai lagi kos yang perlu dikeluarkan untuk menanggung persekolahan anak.

Nak suruh adik-beradik atau sanak saudara jagakan anak kita? Mereka pun sibuk bekerja uruskan rumah tangga masing-masing.

Jadi aku rasa tidak adil sebenarnya bandingkan pekerja Malaysia kononnya tidak reti menyimpan wang berbanding pekerja Bangladesh.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kesimpulannya, berlaku adil sebelum hentam pekerja Malaysia pemalas, dan seumpamanya. Masing-masing ada kos tanggungan dan sistem kekeluargaan yang berbeza.

Sekian.

Wallahualam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

BACA: Warga Bangladesh Buka Bisnes Sendiri Di Eropah Selepas Timba Pengalaman Di Malaysia

Sumber: Su Han Wen Shu

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Hiburan

3s PETALING JAYA – Pelawak Ali Puteh akhirnya berjaya mengumpul sebanyak RM75,000 hasil penjualan barangan peribadi dan produk makanan yang diusahakan bagi melunaskan hutang...

Sukan

3s PARIS – Bintang Paris Saint-Germain (PSG), Marco Asensio percaya masih banyak yang boleh diberikannya untuk memastikan PSG mencapai sasaran mendakap gelaran sulung Liga...

Sukan

3s LONDON – Marc Marquez percaya pelumba baharu KTM, Pedro Acosta mampu menjadi pencabar dalam perlumbaan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim ini selepas mempamerkan...

Hiburan

3s TERKENAL sebagai artis yang lantang mengupas pelbagai isu, aktres Kangana Ranaut mengakui pernah ditawarkan masuk ke arena politik. Namun, bintang filem Emergency itu...

Advertisement