Hi, what are you looking for?

Mamak News

Buruh Myanmar maut dihempap runtuhan konkrit


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

KUANTAN – Buruh warga Myanmar maut selepas dihempap runtuhan konkrit ketika melakukan kerja pembinaan longkang berhampiran sekolah memandu dekat Indera Mahkota 15/44 di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, dua lagi rakan senegara mangsa yang berada berhampiran mangsa turut dihempap runtuhan konkrit dan mengalami kecederaan parah.

Mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Mohd. Enus Karim Ullah, 29, manakala mangsa yang cedera parah dikenali sebagai Ellyas Rohsit Ullah, 31, dan Mohammad Soyat Abulhasim, 44.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian pada pukul 4.06 petang.

“Hasil siasatan di tempat kejadian mendapati runtuhan konkrit simen setinggi kira-kira 2.4 meter telah tumbang dan menghempap ketiga-tiga mangsa yang sedang menjalankan kerja-kerja membuat longkang bersebelahan konkrit berkenaan.

“Pihak bomba berjaya mengeluarkan mayat mangsa yang meninggal dunia, manakala dua lagi mangsa mengalami cedera parah dan telah dihantar ke hospital.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Mangsa yang meninggal dunia telah dihantar ke unit forensik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) untuk tujuan bedah siasat selepas menjalankan ujian Covid-19,” katanya.

Dalam pada itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, sebuah jentera bersama tujuh pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Indera Mahkota bergegas ke lokasi kejadian bagi kerja menyelamat.

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba mendapati mangsa yang dihempap dan ditimbus deretan bata itu sudah meninggal dunia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Dua lagi rakan mangsa yang cedera parah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan bagi rawatan lanjut,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. DUA pemain Kuala Lumpur City, Declan Lambert dan Akram Mahinan menjadi dua pemain terbaharu yang tidak dapat menyertai...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. ‘Ori’ atau ‘fake’? Tulen atau palsu? Tidak ramai yang tahu bagaimana caranya untuk menentukan ketulenan barang kemas, perhiasan...

Hiburan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – Selepas lebih 10 tahun tidak berkunjung ke Malaysia, pusara Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KLANG – Sebanyak 25 tan abu al-Quran dan buku agama telah dilupuskan dengan melepaskannya ke tengah laut berhampiran...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications